Sekelip mata saja, hidup seorang lelaki hancur.





 Raysha Amina






Sekelip mata saja, hidup seorang lelaki hancur.

Bukan kerana lori.
Bukan kerana rempit.
Tapi kerana wanita yang dulu dia lafazkan akad nikah… jadi punca utama dia kini terlantar.
Isteri dia sendiri.
Hari itu jiran-jiran dengar jeritan.
Anak kecil menangis.
Suara isteri meninggi di depan rumah.
Orang kampung cuba redakan.
Ingatkan gaduh biasa.
Tapi siapa sangka…
Si isteri masuk kereta.
Dan depan mata semua orang… dia tekan minyak.
Dia rempuh suami yang sedang duduk di tepi jalan.
Tiga saat.
Itu saja masa yang cukup untuk runtuhkan segalanya.
Suami itu terpelanting.
Terbaring.
Dia masih bernyawa… tapi matanya penuh tanda tanya.
Tak percaya… orang yang dia pernah suapkan makan, orang yang dia pernah peluk setiap malam, orang yang dia ajar mengaji…
hari itu jadi punca dia nazak.
Saya kenal lelaki ini.
Dia bukan orang kaya.
Dia bukan artis.
Tapi dia sabar, dia baik, dia tak pernah abaikan keluarga.
Kawan-kawan selalu cerita:
“Dia tak pernah naik tangan. Tak pernah tidur luar. Tak pernah marah.”
Tapi mungkin sebab dia terlalu sabar,
isterinya ambil kesempatan.
Curang.
Bermesej dengan lelaki lain.
Bermalam dengan lelaki lain.
Dan bila rahsia pecah…
dia pilih jalan paling gelap.
Wahai para isteri…
Kalau rasa dah tak cinta,
minta dilepaskan dengan baik.
Jangan curang.
Jangan aniaya.
Jangan hancurkan rumah tangga dengan nafsu sendiri.
Dan wahai para suami…
Kalau nampak red flag awal-awal,
jangan buat-buat buta.
Kadang-kadang bukan semua perempuan itu isteri…
ada yang hanya gunakan status isteri untuk menutup dosa belakang tabir.
Hari ini, lelaki itu masih terlantar.
Anak-anak menangis cari ayah.
Mak ayahnya menunggu dengan doa.
Dan isterinya?
Dia kini dalam siasatan… tapi hakikatnya, dia sudah lama hilang dari maruah sebuah lafaz akad.
Ya Allah… kalau masih ada peluang, selamatkanlah dia.
Beri dia kesempatan untuk hidup, bukan untuk balas dendam… tapi untuk jadi saksi —
bahawa di akhir zaman, manusia boleh hilang akal hanya kerana nafsu.
Curang itu pilihan.
Dan bila curang bertukar jadi kejam… itu bukan lagi pasangan hidup.
Itu penghancur nyawa.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)
Al-Fatihah untuk lelaki yang masih terlantar.
Moga Allah angkat darjatnya,
dan beri balasan setimpal pada mereka yang mengkhianati amanah paling suci bernama perkahwinan.
Kredit alfakir ustaz Jamilin Nusha ‎ ‎ ‎ ‎




No comments: