MAIL AKAN DIDAKWA.

 

Ismail Zakaria



Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok di bawah Akta SPRM. 


Berdasarkan laporan, pertuduhan itu dipercayai berkaitan pengisytiharan aset, selepas beliau beberapa kali dipanggil SPRM untuk memberi keterangan sepanjang siasatan dijalankan. 


Kes ini adalah kesinambungan siasatan SPRM yang sebelum ini menyaksikan rampasan kira-kira RM170 juta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas bernilai sekitar RM7 juta. 


Rampasan tersebut dibuat selepas serbuan ke beberapa premis yang dipercayai dijadikan “safe house”, susulan penahanan empat bekas pegawai kanan yang pernah berkhidmat di bawah Ismail Sabri. 


Apa yang berlaku esok akan menjadi detik penting kerana barulah orang ramai akan mengetahui pertuduhan sebenar, seksyen undang-undang yang digunakan dan fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.





No comments: