Skandal Jijik Di PKNPk: Aset Perak Pergi Ke Kroni, Staf Pejabat Jadi Mangsa Sexual Harassment!
Memang sah dan makin meletup! Sebagaimana yang pernah didedahkan sebelum ini, CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq kini bukan saja gagal mengurus, malah dia adalah seorang pemangsa seksual yang cukup jijik di pejabat sendiri! Perangai peribadi dah memang hauk, pembuatan keputusan korporat pun sama naik hauknya!
Aset-aset strategik dan harta bernilai milik Negeri Perak kini sedang digadai satu demi satu semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri dan bagi memastikan nama Redza Rafiq nampak 'hebat' atas kertas. Hakikatnya, PKNPk tayang rekod untung bukannya sebab pandai berniaga, tapi sebab licik menjual tanah dan harta negeri dengan cara yang bertentangan dengan tatakelola!
Dahlah tak reti buat kerja, sombong pula tu! Sumber dalaman mendedahkan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) PKNPk sendiri kononnya dah beberapa kali beri teguran keras, tapi Redza Rafiq langsung buat tak peduli. Beliau tetap berkeras dan meneruskan agenda penjualan aset strategik kepada kroni-kroni pilihan beliau. Ironinya, BOD dan pengurusan tertinggi nampaknya langsung tak boleh pakai dan bacul untuk menyekat kehendak peribadi CEO ini!
Mengapa Semua Kuncup & Diam Membisu? Persoalan paling besar yang membakar amarah rakyat Perak ketika ini: Kenapa sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan, siasatan terbuka, mahupun penafian rasmi daripada pihak PKNPk, Pejabat KSN, atau Kerajaan Negeri Perak?
Kebisuan luar biasa daripada pihak berkuasa ini seolah-olah menjadi bukti kukuh bahawa skandal jijik ini sememangnya benar-benar berlaku! Semua orang di atas tahu, tapi tiada siapa yang berani sentuh atau ambil tindakan. Adakah Redza Rafiq ini terlampau 'kebal'? Siapa dalang berkuasa di belakang tabir yang sedang bersungguh-sungguh melindungi beliau?
Tunggu Aset Licin Kering Baru Nak Bising? Ini bukan kes terpencil dan bukan juga kali pertama berlaku. Siri salah guna kuasa dan gangguan seksual ini didakwa dah berulang kali berbangkit, tapi semuanya dikambus rapat-rapat. Pihak berkuasa nak tunggu semua harta negeri Perak habis licin digadai baru nak terhegeh-hegeh ambil tindakan? Bagaimana pula dengan nasib dan maruah staf wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat? Sampai bila Kerajaan Negeri Perak mahu terus membisu dan bersekongkol melindungi individu bertopengkan pemangsa ini?
No comments:
Post a Comment