
Kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap DAP sejak PRU Sabah tahun lalu hingga Negeri Sembilan boleh menjadi titik perubahan mengembalikan keyakinan mereka terhadap Pakatan Harapan (PH).
PENDAPAT, 7 Ogos – Baru ni saya tumpang kereta kawan saya. Chery lama. Mungkin tahun 2015.
Kereta ni dikatakan ada banyak masalah. Kawan saya kata, dia tak akan beli dah kereta China. Serik.
Saya kata, kereta China sekarang laku. Saya faham kawan saya ‘lelaki tua’ yang trauma dengan kualiti produk China dahulu.
Sekarang kereta China membanjiri pasaran Malaysia. Anak muda yakin dan suka dengan produk China. Baik kereta mahupun motosikal.
Produk China tidak diminati secara tiba-tiba.
Ianya bermula dengan kualiti dan promosi yang baik.
Barang berkualiti, banyak jajan dan murah banding produk Jepun dan jenama lain.
Sebab tu mereka laku. Bukan sebab ada orang paksa beli. Bukan juga sentimen emosi.
Orang Melayu beli produk China tanpa fikir mereka komunis atau zalim pada umat Islam di Xianjiang.
Saya nampak perkara ni pada DAP. Dulu DAP ini asing pada orang Melayu. Di N9 contohnya dulu DAP hanya mampu dua kerusi sahaja.
DAP dicop sebagai komunis dan cauvinis.
Tetapi sekarang di N9, DAP mampu memang sehingga 11 kerusi dan bantu PH untuk mentadbir N9 sehingga dua penggal.
Namun yang terkini, DAP seolah-olah beban kepada PH. Beban kepada PKR dan Amanah.
DAP dulu adalah kereta buruk Chery atau motor Comel untuk pengundi Melayu.
DAP kemudiannya diterima kebanyakan rakyat kerana seperti produk China, DAP juga menyediakan calon yang berkualiti dan kuat bekerja.
Namun… produk China tidak bergantung kepada kualiti sahaja. Harga yang jauh lebih murah dan jajan yang lebih banyak adalah perkara yang menarik dan menyebabkan generasi kini melihat produk China sebagai pilihan pertama.

DAP?
Pemimpin DAP rajin bekerja?
Pemimpin DAP berani bersuara?
Pemimpin DAP boleh diharapkan membela rakyat?
Ya, sebab itu DAP masih boleh menang di kawasan penyokong kuat mereka. Masih menang 9 dari 11 kerusi.
Walau bagaimanapun, DAP semakin jauh dari pengundi Melayu. Kajian menunjukkan anak muda juga menolak DAP. Ini bukan lagi trauma si ‘lelaki tua’, ini adalah bala akibat tidak berpijak di bumi yang nyata.
Saya senaraikan beberapa sebab.
1. DAP tidak menjaga sensitiviti orang Melayu, tak faham peribahasa mentimun dan durian. Tak guna melawan titah Raja melainkan tiada tujuan untuk menjadi kerajaan. Orang Melayu melihat ia sebagai biadab, walaupun DAP rasa itu hak bersuara.
2. Tidak menghormati Penjawat Awam (PA). Contohnya dalam kes terkini, melibatkan isu anjing liar. Segala penjelasan PA tidak diendahkan, segala fitnah dibiarkan dan DAP datang menambah garam.
3. Tidak menghormati Undang-undang. Ramai pemimpin DAP adalah ahli undang-undang. Tetapi demi undi, DAP seolah-olah menyokong pelanggaran undang-undang, contohnya dalam kes kuil tidak sah.
Sanggup menggadai keselamatan awam untuk mempertahankan kuil atas rezab jalan. Belum kira lagi di hospital.
Kita faham, rumah ibadat itu suci, tetapi di India sendiri, kuil boleh diruntuhkan oleh kerajaan jika tidak sah.
DAP patut bantu fahamkan. Bukan tunggang.
4. Celupar mulut dalam urusan umat Islam. Jika ada isu pun, sepatutnya bincang dahulu dengan pemimpin Islam dalam DAP yang tentunya lebih faham akan isu dan sensitiviti.
Banyak contoh, saya bagi yang terkini berkaitan mempersoalkan kewajaran masjid berdekatan TRX.
Jika DAP tidak berubah, mereka akan pupus atau kerusi mereka akan menyempit berkurangan.
Sebabnya secara realiti, populasi Cina dan India semakin menurun kerana isu lambat berkahwin, tidak berkahwin dan kurang anak. Ianya termasuklah di Pulau Pinang.
10 tahun lagi Pulau Pinang pengundi Islam akan menjadi majoriti.
Kedegilan DAP bukan sahaja merosakkan DAP jangka panjang, tetapi juga rakan-rakan parti komponen.
Kepada pemimpin DAP, fikir-fikirkan.
Kepada yang terasa, eloklah bersara awal.
Kepada yang progresif teruskan bersikap sebagai anak Malaysia.
Terima kasih,
Fairul al Qasas


No comments:
Post a Comment