TAK PAYAH LAH PM..... BAGI YANG MEREKA PANGKAH LA PULAK LAKSANAKAN

 



Kerajaan Ikhtiar Tingkatkan Peruntukan Kementerian Pertahanan Dalam Belanjawan 2027 – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

MELAKA, 7 Ogos – Kerajaan akan terus berikhtiar meningkatkan peruntukan sektor pertahanan negara melalui Belanjawan 2027, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memperkasakan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain memastikan kebajikan anggota keselamatan terus terbela.

Beliau berkata, langkah itu wajar untuk menjamin keamanan negara yang disifatkannya sebagai aset paling berharga dan perlu dipertahankan setiap masa.

“Meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara perlu dilaksanakan setiap masa, kerana pertempuran itu tidak berlaku dalam keadaan diduga. Kita tidak menunggu umpamanya ada negara isytihar perang, baru kita hendak berpeluh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

“Sebab itu juga, saya mahu mempertahankan kaedah pembelian, perolehan senjata dan alat ketenteraan secara teratur, telus, elak daripada apa istilah yang orang tidak suka iaitu istilah ‘sakau’, beli guna agensi-agensi di luar dengan komisen yang lebih,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penambahan peruntukan berkenaan turut merangkumi aspek kebajikan anggota, termasuk usaha menambah baik kuarters perumahan, pembinaan hospital baharu serta penyelenggaraan kemudahan asas seperti bekalan air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

“Sebab itu, Kerajaan MADANI dalam tempoh tiga tahun lalu, kita menaikkan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan 35 peratus lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Ini bukannya angka kecil. Cuma, ia tidak diketahui. Sebab itu, saya beritahu kadang-kadang anak-anak harus tahu. Orang boleh bicara kita nak sokong, kita beri kerjasama, kita beri perhatian. Tapi perhatian apa kalau kelengkapan itu (dibiarkan) buruk, kalau cara perolehan itu penuh dengan kontroversi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata, usaha meningkatkan peruntukan itu boleh dilakukan melihatkan kepada gambaran ekonomi negara yang bertambah baik, disokong pengukuhan ringgit, peningkatan pelaburan asing serta kadar inflasi yang terkawal.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, pembentangan Belanjawan 2027 dijadualkan pada 9 Oktober depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

Pada majlis hari ini, Anwar turut mengumumkan peruntukan RM147,000 kepada Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) serta dana RM1 juta bagi penyelenggaraan masjid dan surau di empat kem tentera di Melaka iaitu Kem Terendak, Kem Sungai Udang, Kem Masjid Tanah dan Kem Bukit Beruang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO




No comments: