Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Ahli Parlimen Bera itu akan dihadapkan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi bagi pertuduhan yang dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.
Sebelum ini, Ismail Sabri beberapa kali dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan.
Kes itu mendapat perhatian ramai selepas SPRM mendedahkan rampasan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan tersebut dibuat hasil serbuan di beberapa lokasi termasuk kediaman dan pejabat yang dipercayai digunakan sebagai “rumah selamat”, susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari tahun lalu.
Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri itu dijangka menjadi antara perkembangan paling mendapat perhatian dalam sejarah siasatan rasuah melibatkan pemimpin tertinggi negara.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment