PENGORBANAN JURURAWAT

IBRAHIM MAT ISA

Video ini singgah di whatsapp aku. Mulanya bimbang untuk kongsikan di media sosial bila mengenangkan seorang jururawat sebelum ini diambil tindakan kerana menunjuk cara penggunaan hand sanitizer.

Tapi.. ahh! Biar sahaja rakyat melihat betapa gigihnya jururawat di sebuah hospital kerajaan menjadi tukang jahit ketika keadaan genting seperti ini.

Mereka tinggalkan seketika tugasan hakiki semata-mata untuk siapkan segera pakaian berupa smock , sarung kaki, tangan dan kepala yang kalis kuman untuk kegunaan semua petugas frontliners. Mungkin stock dari pembekal sudah tidak ada lagi! ðŸ˜¢

Mereka di barisan hadapan kesihatan telah berkorban sebegini rupa, kerajaan sepatutnya keluarkanlah bajet lebih ketika bala wabak ini melanda negara, hire sementara tukang jahit di luar yang kedai mereka terpaksa ditutup. Ini sungguh membebankan tugas petugas kesihatan yang sepatutnya lebih menumpu kepada kes pesakit.

Walau apapun, kami rakyat tetap doakan kalian semua di KKM dan pusat perubatan swasta tabah dan selamat dalam tugasan anda semua. You are the best!