Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.
Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.
Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.
#PrihatinPDRMJohor
#OPSCOVID19