TAHNIAH DARI AKU



Abdul Malek Hussein

Aku ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion.‬
Aku belum mahu nak ulas lagi.

‪Cuma aku nak bantu sikit Makcik Kiah yang mungkin tak faham ayat akhir yang Muhyiddin sebutkan dalam Bahasa Inggeris:‬

‪“This government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment.”‬

‪Makcik Kiah, ini yang Muhyiddin kata:‬

‪“Kerajaan ini bukanlah kerajaan yang anda pilih dulu. Tetapi saya ingin anda semua tahu bahawa kerajaan ini pedulikan anda. Saya menerima hakikat bahawa saya muncul sebagai Perdana Menteri anda pada saat yang sangat tak bagus.”‬

‪Muhyiddin pun mengaku rakyat tak pernah pilih kerajaan yang dibentuk sekarang dalam pilihanraya umum lalu, dan timing rampas kuasa pun tak kena.

‪Harap Makcik Kiah faham. ‬


No comments: