POTONGAN GAJI TAK SAMPAI PUN DUIT POKET ADNAN MANSOR

Potongan gaji tak sampaipun duit poket Adnan Mansor, kata Kadir
"Bekas Menteri Wilayah itu bagi tahu mahkamah awal bulan ini sogokan RM2 juta yang dia terima daripada pemaju hartanah, Chai Kin Kong, tu macam duit poket dia saja. Harta dia RM900 juta," tulis Kadir.

Potongan gaji tak sampaipun duit poket Adnan Mansor, kata Kadir


Bekas Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menyifatkan jumlah terkumpul bulanan potongan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri adalah berjumlah RM1,738,000 untuk selama dua bulan.
Namun, katanya, ia hanya sedikit sahaja “Tapi tak sampai duit poket Adnan Mansor pun.”
Jumlah besar RM 1,738,000. Alhamdulillah kira banyak jugalah. Boleh beli 869,000 “face mask”,” kata beliau melalui facebooknya.
Kadir, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu mengulas potongan gaji selama dua bulan oleh Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri untuk membantu Covid-19.
Beliau membandingkan jumlah kutipan potongan gaji selama dua bulan itu dengan wang saku bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebagaimana yang diberitahu beliau di mahkamah.
“Bekas Menteri Wilayah itu bagi tahu mahkamah awal bulan ini sogokan RM2 juta yang dia terima daripada pemaju hartanah, Chai Kin Kong, tu macam duit poket dia saja. Harta dia RM900 juta,” tulis Kadir.

No comments: