Ibrahim Mat Isa
Aku rasa, jauh di sudut hati Muhyidin dan geng khianat dia tentu tengah rasa menyesal kenapa mereka bertindak merampas kuasa dari kerajaan PH melalui Langkah Sheraton.
Rampas sahaja kuasa, belum sempat bentuk kabinet, bala Covid-19 melanda macam tsunami. Dah la lantik menteri pun pakai tangkap muat, kononnya bersih dan dibersihkan oleh tok peti tengkolok dari Utara tu.
Dapat pulak menteri kesihatan macam pelakon maharaja lawak, sampaikan saranan beliau dipetik oleh publisher UK untuk menunjukkan bahawa betapa tidak kompetennya dilantik manusia gitu untuk menjaga kesihatan awam.
Dengan pasaran saham jatuh terbenam, ringgit Malaysia dah jadi tak ketahuan - mungkin akan jadi RM4.50 atau RM5.00 jika nasib tidak menyebelahi Malaysia.
Mungkin dalam benak fikiran Muhyidin berdetik yang dia bertindak wrong timing. Kononnya berteriak dengan slogan mahu "Selamatkan Malaysia" dari pemerintahan PH yang difitnah puak pembangkang ketika itu sebagai dikuasai DAP lalu Muhyidin dan team semburit meredah arus songsang amalan demokrasi tanpa berfikir mereka sudah tenggelam punca.
Kini, harga minyak dunia jatuh merudum kerana tiada permintaan dari industri dunia. Semua terpaksa shutdown untuk melayan wabak.
Malaysia yang juga bergantung banyak dari hasil minyak terpaksa mengharung masalah yang sama. Harga minyak di bawah USD25 bermakna hasil negara juga ciput sedangkan hutang negara tetap kekal sama dan perlu dibayar.
Kesian Muhyidin - tentu serabut perut dia memikirkannya.
Sementara di pihak PH, mungkin telah terselamat dari tohmahan demi tohmahan. Sedangkan semasa memerintah pun, bermacam arah fitnah dan adu domba memburukkan pemimpin kerajaan ketika itu dihalakan oleh puak pembangkang, apa lagi jika berhadapan dengan keadaan wabak seperti ini.
Aku dapat bayangkan jika PH masih lagi perintah, menteri agama mengeluarkan arahan supaya masjid, surau dan aktiviti agama dihalang dan ditutup, kemungkinan besar totok Pas akan seru kepada jihad lalu mereka akan turun ramai-ramai dengan parang dan menetak Cina DAP kerana konon anggapan mereka ini semua arahan DAP yang "anti Islam" Oh.. tidak! Nauzubillah..
Begitulah kehendak Tuhan mengatur kejadian-kejadian, sama ada kepada manusia, bumi ini dan alam seluruhnya. Setiap sesuatu mempunyai hikmah yang kita tidak dapat rasai kalau ia belum berlaku.
Demi untuk ke masa hadapan, Malaysia mungkin bakal bersama negara-negara dunia lainnya menghadapi inflasi yang berskala global. Kita tidak tahu bila bakal berakhir wabak ini. Ramalan China kononnya berakhir di bulan April sudah tersasar jauh. Ia semakin sengit, sengit dan sengit meragut nyawa manusia di beberapa negara termasuk negara kita.
Kepada pemimpin Kudeta yang merampas kuasa dari PH, selamat bertugas dengan jujur dan hadaplah kesusahan dan kepayahan yang sedang berlangsung sekarang kerana itulah kehendak kamu semua.
Kami sebagai rakyat terutama sebelah pihak Pakatan Harapan adalah insan yang patuh undang-undang, kami tidak akan fitnah kerajaan kudeta dengan berita palsu atau pembohongan. Jalankan kerja kamu mentadbir Malaysia yang tengah gawat ini dan berhati-hatilah - kami tetap akan serang dan kritik setiap kesilapan dan kebobrokan yang kamu cuba lakukan.
Aim 😎