Baru tonton Pembentangan Pakej ransangan kedua Muhyidin sebentar tadi dengan nilai yang agak besar iaitu lebih RM 250 Billion.. ianya satu pakej ransangan yang baik dalam menghadapi kesan wabak Covid-19..
1- Sudah pasti jumlah RM 1600 yang akan dibayar dalam tempoh 2 Bulan itu akan menyelesaikan keperluan rakyat dibawah.. maksudnya kepeluan asas rakyat dibawah sudah dipenuhi..Malangnya ianya masih tidak bersasar dan tidak adil bagi kelompok bawahan..
Muhyidin masih menggunakan Template BRIM di zaman BN, RM 1600 itu hanya akan digunakan secara rawak kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM 4000.. Bagi yang peroleh gaji bulanan dari majikan, Mereka akan dapat tambahan pendapatan yang tinggi..
manakala kelompok yang berkerja dengan gaji hari..mereka hanya dapat gantian pendapatan yang hilang dalam tempoh sebulan ini, Bagi aku disini tidak adil.. manakala kelompok bujang dapat RM 800..
Sepatutnya Kerajaan meletakkan sasaran yang betul.. baru pendapatan rakyat seimbang..
Bagi yg peroleh gaji hari mereka perlu dapat lebih dari yang peroleh gaji bulanan dan tetap...Sebagai Contoh Penjaja Goreng Pisang dapat RM 2000 sebab dia kehilangan sumber pendapatan sebulan, manakala yang menerima gaji bulanan menerima sekitar RM 1000..
2- Dari sektor IKS pula, Muhyidin hanya sampaikan tambahan dana sebagaimana dalam belanjawan belanjawan sebelum ini kepada agensi pinjaman PKS, Tanpa ada jaminan jelas, Usahawan Kecil akan memperolehi Pinjaman mudah, Masih gunakan BSN sebagai Bank untuk Pinjaman MIKRO, bukan tanpa faedah, masih kekal dengan faedah....
Sepatutnya Jaminan Kerajaan ini mesti menggunakan semua saluran Perbankan seperti model pembiayaan Peribadi dengan memudahkan Rakyat memperolehi Modal Pinjaman..kalau guna model lama, ramai dikalangan IKS,terutama penjaja mereka tak akan layak..
Malangnya bagi IKS, penjaja,peniaga pasar malam, Kerajaan masih menggunakan model dan mengharapkan Institusi Zakat yang mana proses bantuan itu akan tak mungkin berlaku dengan cepat.. ia hanya sedap didengar..Sedangkan bagi kelompok Penjaja,Peniaga Jalanan keperluan mereka mendesak..
4- Dan peruntukan lain projek MRT, baik Pulih Jalan itu semua tak penting pun..Bagi aku ia takkan berlaku.. Sebab kerajaan ketiadaan Duit..Walaupun disebut jumlah Pakej Ransangan itu RM 250 billion.. Nilai kewangan yang benar cuma sekitar RM 20 Billion.. Yang lainnya masih tawaran yang disebutkan dalam pakej ransangan dan belanjawan sebelum ini..
Tak tahu bagaimana Muhyidin kata, Semua Kementerian kena jimatkan Perbelanjaan untuk penuhi Pakej Ransangan ini.. Singapura sebagai contohnyaia sebut dengan jelas segala pakej ransangan menggunakan Rezab simpanan Negaranya..
Bagi segala bentuk pakej ransangan kepada ekonomi tak mungkin tercapai melainkan hanya bantuan2 One Of dan pengecualian bayaran sewa dan penangguhan bayaran Pinjaman dari sektor perbankan yang diumumkan sebelum ini.... Yang lainnya masih terawang awangan.. Selepas itu kita akan kembali akan berhadapan dengan krisis ekonomi..
5- Bagi aku kelompok yang bekerja Sendiri, Peniaga Kecil IKS masih tetap terpinggir.. Mereka hanya dapat gantian separuh pendapatan dengan nilai RM 1600 untuk tempoh 2 bulan.. manakala bagi kelompok yang menerima gaji bulanan dan Kakitangan Kerajaan mereka akan peroleh pendapatan berganda..
Malah tidak ada peruntukan Jelas Rakyat dan Pekerja yang dibuang kerja..Apa solusi dan gantian pendapatan untuk mereka seperti yang diumuman Kerajaan Singapura...yang ada hanya RM 1500 skim KWSP...
6- *Dalam waktu terdekat ianya nampak baik.. dalam tempoh 2-3 Bulan* ini sudah pasti ada kuasa beli dipasaran.. Masih rakyat masih boleh terus berbelanja...
*Ancaman Ekonomi ini mungkin akan dirasai seawal Bulan Julai*... Aku tak tahu bagaimana Semua Kementerian nak lakukan penjimatan hanya untuk penuhi pakej ransangan COVID-19 Ini..
Dari sudut Ekonomi..Tidak ada petunjuk jelas kita boleh keluar dari kemelesetan Ekonomi yang teruk... ia hanya *Feel Good factor untuk kerajaan bagi tempoh 1-2 Bulan*...
Jawapannya dan realitinya kita hanya akan dapat rasai pada Hujung tahun ini,Menjelang pembentangan Belanjawan 2021...
Ipohmali