Serangan Peluru Berpandu Storm Shadow Arab Saudi Keatas Yaman ?
Perkembangan peperangan di Timur Tengah semakin melarat, atas permintaan sahabat-sahabat, tentang serangan peluru berpandu Arab Saudi keatas Yaman, admin sertakan analisis dan video. Jangan lupa support admin, like, follow, comments & share 👍
Serangan peluru berpandu Arab Saudi ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dilaporkan gagal mencapai matlamat utamanya, dengan Riyadh menggunakan proksi untuk melindungi diri daripada tindakan balas.
Arab Saudi dilaporkan melancarkan kira-kira 10 peluru berpandu krus Storm Shadow (bernilai sekitar $2 juta setiap satu) untuk memusnahkan landasan lapangan terbang tersebut. Serangan ini dilakukan dari jarak selamat kerana Riyadh bimbang dengan keupayaan pertahanan udara Yaman.
Walaupun menggunakan senjata yang mahal dan berkuasa tinggi, Arab Saudi enggan mengaku secara terbuka bahawa mereka bertanggungjawab atas serangan tersebut. Sebaliknya, mereka membiarkan kumpulan proksi mereka di Aden yang mengaku bertanggungjawab, walaupun kumpulan tersebut tidak mempunyai jet pejuang atau peluru berpandu canggih seumpama itu.
Kumpulan H0ut1 yang menguasai wilayah utara Yaman mengecam serangan ini sebagai "pencerobohan terang-terangan" dan mengisytiharkan tamatnya tempoh bertenang (de-escalation).
Mereka telah MEMBALAS dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke lapangan terbang di Arab Saudi (seperti Abha), sekaligus meningkatkan semula ketegangan di rantau tersebut 💥
Rujukan pelbagai,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG




No comments:
Post a Comment