Ada perkongsian menarik hasil share seorang sahabat Facebook saya, berkaiatan posting Malay Mail, headline : "Every Malaysian soldier must master unarmed combat as first line of defence, says army commander".
Artikel tiada masalah, yang masalahnya lambakkan emoji gelak pada posting, dan komen-komen negatif serta acah-acah komander jeneral.
Salah satu komen menyebut : "Nobody goes to War the conventional way no more..take qualified Degree Holders into the Armed forces.. learn Modern Warfare.. Drones.. Missiles.. UAVs.. Laser guided weaponry.. n the stuff.." - katanya 😅 wow
Ada juga yang berkata : "Some, misunderstood, They went master Corruption" - kononya menyindir...
Ada juga yang berkata seolah menafikan dan mengejek "Unarmed self-defence techniques", atau Tempur Tanpa Senjata (TTS)" dalam tentera, dan banyak lagi lah komen-komen didalam tu...
Saya tidak takrifkan mereka ini lebih jauh, tuan-tuan boleh kelaman ini untuk baca komen-komen mereka 👉
https://www.facebook.com/share/p/1XSs8BDFB5/ Terima kasih perkongsian Muhammad Anwar.
Kepada yang tidak faham, kerana melihatkan perubahan medan peperangan moden, sebenarnya infantri masih diperlukan, begitu juga kereta kebal, kenderaan berperisai lain, walaupun adanya drone moden, kerana doktrin aset berbeza-beza mengikut keperluan didalam perang.
Contoh, tentera dihantar menggunakan trak, kenderaan berperisai, APC, IFV bahkan bersama MBT, oleh kerana video-video lapangan menunjukkan kenderaan ini menjadi sasaran drone kamikaze atau loitering, menyebabkan kemusnahan dan kematian tentera, tidak bermaksud kenderaan berkenaan tidak diperlukan lagi.
Kenderaan ini digunakan untuk menghantar tentera ke medan sebagai pengangkutan dan unit tembakkan, sokongan kepada infantri, kenapa ? untuk MENGUASAI medan pertempuran, drone pula adalah senjata, ini semua adalah aset dalam peperangan, salah faham netijen acah-acah jeneral adalah kefahaman "mix up" jika musnah maka tidak bagus, walhal dalam perang pasti "memusnahkan atau dimusnahkan" ✅
Kemusnahan itu biasa dan akan berlaku, aset hanya alat, "tools" dalam pertempuran.
TTS atau CQC dapat dilihat dalam medan Perang Ukraine vs Russia, teknik ini masih digunakan, disebabkan infantri atau special unit saling bertempur merebut kawasan, walaupun dalam suasana banyak penggunaan drone, seperti FPV, UAV dan sebagainya, ini adalah taktik.
Contohnya di waktu malam, gelap, lebih senyap, jika hendak menggunakan drone, akan. ada "buzzing sound", maka kaedah penyusupan digunakan, apabila musuh dilihat, TIDAK boleh tembak, kerana hendak menjaga element senyap, jika menembak, akan ada bunyi senjata, walaupun ada silencer masih terdapat bunyi, olehitu hanya ada pisau "silt throat" (kelar leher atau menikam) digunakan atau tangan digunakan untuk senyapkan ancaman.
Teknik membunuh atau melumpuhkan musuh secara senyap dalam tempur jarak dekat (Close-Quarter Combat) biasanya melibatkan serangan ke bahagian titik tekanan (pressure points) atau saluran pernafasan.
Contoh : Sento Kotsu (Mencekik Belakang / Rear Naked Choke) teknik melumpuhkan dengan mengunci leher musuh dari arah belakang. Kuncian ini menyekat saluran darah ke otak (arteri karotid) dan bukan sekadar menyekat pernafasan, menyebabkan musuh pengsan dalam masa beberapa saat sebelum meninggal dunia.
Tikaman Tangan Pisau / Knifehand Strike, menggunakan bahagian sisi tangan (berhampiran jari kelingking) untuk menetak titik saraf atau saluran darah utama di bahagian tepi atau belakang leher.
Teknik Mencekik Guillotine /Guillotine Choke, teknik kuncian kepala di mana lengan penyerang melilit leher musuh dari depan, membolehkan penyerang memberi tekanan terus pada pembuluh darah dan batang tenggorokan.
Teknik Mematahkan Leher /Neck Break, gerakan pantas menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengilas atau menolak kepala dan dagu musuh ke arah bertentangan bagi mematahkan vertebra serviks (tulang leher) dengan pantas.
Ini hanyalah teknik asas sahaja, mungkin tidak sama dengan latihan unit pasukan khas atau komando tentera kita.
Rujukan CQC, TTS,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG



No comments:
Post a Comment