Stok Simpanan Petroleum Dikaji, Malaysia Mesti Siap Siaga – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 tahun 2026 di Kuala Lumpur pada 15 Julai 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Jul – Sebagai langkah memperkukuh daya tahan negara berikutan krisis bekalan yang berlarutan, Kerajaan MADANI akan mengkaji keperluan mewujudkan stok simpanan petroleum dan strategi berkaitan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tenaga Negara di sini, hari ini.

“Tatkala ketidaktentuan geopolitik dan krisis bekalan terus mencengkam dunia, Malaysia mesti bersiap siaga untuk menjamin keterjaminan tenaga jangka panjang,” ujar Anwar di media sosial hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 tahun 2026 di Kuala Lumpur pada 15 Julai 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Terdahulu, harga minyak melonjak melebihi USD85 (RM345) setong susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan gangguan perkapalan di Selat Hormuz.

Trafik komersial melalui selat menjadi perlahan sehingga hampir terhenti berikutan serangan baharu, amaran keselamatan dan ketidakpastian mengenai sekatan.

Presiden AS, Donald Trump berkata tentera AS menyasarkan keupayaan ketenteraan Iran yang dikaitkan dengan Selat Hormuz dan mengembalikan sekatan ke atas Iran serta kapal yang menjalankan perniagaan dengan Tehran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 tahun 2026 di Kuala Lumpur pada 15 Julai 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Trump juga berkata Washington mahukan pembayaran balik daripada negara-negara Teluk yang mendapat manfaat daripada perlindungan AS di selat itu, termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait dan Bahrain.

Ketegangan ini meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan gangguan kepada penghantaran minyak dan gas asli cecair di Selat Hormuz.

Sementara itu, Anwar mengumumkan kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara telah ditingkatkan kepada 31%, setakat Disember, selaras usaha mengurangkan kebergantungan kepada arang batu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 tahun 2026 di Kuala Lumpur pada 15 Julai 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Dalam sektor pengangkutan pula, pelaksanaan Biodiesel B15 memacu negara ke arah penggunaan bahan api alternatif yang lebih mampan, dan akan diperkukuh dengan hab biobahan api PETRONAS di Pengerang,” katanya.

“Projek elektrifikasi pengangkutan awam pula berjalan mengikut perancangan, termasuk pengoperasian 250 bas elektrik serta liputan 800km rangkaian rel. Di Sarawak, Fasa 1 pembangunan hab hidrogen bagi Transit Aliran Automatik dijadual siap hujung tahun ini.”




No comments: