Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini, yang meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara bagi menjamin keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.
Mesyuarat membincangkan jangkaan fenomena Super El Niño yang diramal melanda Malaysia bermula November 2026. KPKM diminta segera menyediakan langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya terhadap pengeluaran makanan serta memastikan komuniti petani terus dilindungi.
Mesyuarat juga meneliti isu kerjasama sektor perikanan dengan Kerajaan Thailand. Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan. Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan.
Kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui penggunaan teknologi, inovasi serta amalan terbaik agar pengeluar tempatan terus berdaya saing, sekali gus memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin demi kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment