KENYATAAN MEDIA BERSAMA TIDAK SERTAI PRN NEGERI SEMBILAN




15 Julai 2026


​PRN NEGERI SEMBILAN, PRN MELAKA DAN IBU PEJABAT BERSAMA


​Pilihanraya Negeri Sembilan yang akan bermula dengan penamaan calon pada hari Sabtu ini (18 Julai 2026) ada beberapa perbezaan ketara dengan PRN Johor baru-baru ini.


​Pertama, persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri.


​Kedua, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


​Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, BERSAMA berpendapat adalah lebih strategik agar fokus BERSAMA beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.


​Oleh itu, BERSAMA tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.

​Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Julai 2026 untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal.


​Satu majlis terima kasih kepada sukarelawan BERSAMA yang telah berkhidmat di PRN Johor dengan kehadiran calon-calon PRN Johor juga akan diadakan di Ibu Pejabat BERSAMA pada hari Ahad, 19 Julai 2026 bermula jam 830 malam.


​Majlis seterusnya akan bersambung dengan acara tontonan perlawanan akhir Piala Dunia ditempat yang sama, bermula jam 1230 tengah malam, Isnin 20 Julai 2026.


​Ahli BERSAMA, sukarelawan dan orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir ke Ibu Pejabat BERSAMA di Puchong untuk dua majlis ini, yang menjadi sebahagian dari persediaan memasuki PRN Melaka kelak.


​Untuk mengesahkan kehadiran dan tempat, anda digalakkan mendaftar di laman acara BERSAMA di pautan


 https://bersama.org/ms/acara


​Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli BERSAMA dan sukarelawan yang berkobar-kobar bersedia digerakkan ke PRN Negeri Sembilan, walaupun penat di PRN Johor masih belum reda.


​Kami berharap tempoh masa yang lebih lama memberi ruang kepada BERSAMA masuk ke PRN Melaka dengan lebih bersedia, di samping pertimbangan-pertimbangan lain yang telah diambil kira.


​Selamat mengundi kepada pengundi-pengundi Negeri Sembilan, Insya-Allah kita akan berjumpa di Pilihanraya Umum ke-16 kelak.

​15 Julai 2026


​Bagi pihak BERSAMA

RAFIZI RAMLI

NIK NAZMI NIK AHMAD

SYUKRI RAZAB





No comments: