Negeri Sembilan perlukan sebuah kerajaan yang stabil, bekerja untuk rakyat dan menjaga perpaduan. Sebab itu Bang Mat mengajak semua rakyat memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan.
Malam ini kita berkumpul dalam Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Sebentar tadi, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 36 calon Pakatan Harapan yang akan membawa amanah rakyat dalam pilihan raya kali ini.
Memang kali ini kita akan bertembung dengan parti yang menjadi rakan di peringkat Persekutuan. Itulah hakikat politik semasa. Namun apabila rakyat membuat pilihan di Negeri Sembilan, Bang Mat berharap sokongan diberikan kepada calon-calon Pakatan Harapan yang membawa agenda kestabilan, pembangunan dan kebajikan rakyat.
AMANAH akan terus istiqamah membawa pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin. Kita menolak politik kebencian, fitnah serta permainan isu perkauman dan agama yang hanya memecah-belahkan rakyat. Negeri Sembilan mesti terus menjadi negeri yang aman, harmoni dan saling menghormati antara semua kaum.
Di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, negara semakin mendapat keyakinan dunia. Pelaburan terus meningkat, ekonomi semakin kukuh dan nilai ringgit menunjukkan perkembangan yang positif. Semua ini adalah hasil usaha berterusan untuk memulihkan negara dan membina masa depan yang lebih baik.
1 Ogos nanti, keluarlah mengundi. Berikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan demi Negeri Sembilan yang lebih maju, stabil dan sejahtera.
#AMANAH
#PakatanHarapan







No comments:
Post a Comment