Mazlan Ahmad
Inilah dua kapal laut China dikerah bantu Iran sejak dari awal perang dan bolehkan bantu Iran lancarkan serangan dengan lebih tepat.
Da Yang Yihao dikategorikan sebagai kapal penyelidikan awam berfungsi untuk rekodkan sebarang isyarat akustik dan elektronik dari tentera US.
Data yang dikumpul akan diguna untuk kenal pasti kapal (melalui akustik), di mana kedudukannya, apakah sistem pertahanan yang sedang aktif, bagaimana cara terbaik untuk pintas, kacau isyarat atau lancarkan serangan terhadapnya.
Liaowang-1 (gambar) pula kapal perisikan isyarat canggih yang pantau jet pejuang, peluru berpandu balistik dan radar US.
Kapal ini digelar 'superkomputer terapung' kerana sistem sensor dan antena penjejak angkasanya ada ruang pengawasan menjangkau 6,000 km.
Dan dalam satu masa ia boleh kesan 1,200 sasaran udara dan peluru berpandu serentak.
Kedua kapal ini belum teruji sepenuhnya dalam peperangan.
Maka perang US-Iran ini adalah peluang China untuk uji habis-habis ketepatan dan keberkesannya dalam suasana perang sebenar.

No comments:
Post a Comment