Norman Daud
Sekarang ni bertebaran poster grafik yang menunjukkan kadar pertumbuhan KDNK negeri-negeri Malaysia bagi tahun 2025, dengan Johor mencatat pertumbuhan tertinggi sebanyak 8.0% lepas tu kononnya Selangor dan Negeri sembilan dipaparkan sebagai menurun ( anak panah merah ke bawah).
Jahat betul naratif deme ni nak memperbodohkan orang. Mereka nak membentuk naratif yang MB DD Aminuddin Harun gagal.
Tapi cuba semak betul betul.
Ni link rasmi DOSM mengenai isu ni
https://www.dosm.gov.my/uploads/release-content/file_20260701120804.pdf?utm_source=chatgpt.com
Pertumbuhan KDNK Selangor dan Negeri Sembilan kekal positif dan dan tidak mengundur kebelakang macam fitnah tu. Selangor mencatatkan pertumbuhan kDNK sebagai 6.3% dan kekal sebagai penyumbang terbesar KDNK negara. Negeri sembilan juga kekal mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 2.6%.
Pada tahun 2025 Negeri sembilan mencatat rekod pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negeri sebanyak RM19.1 bilion, meningkat 164% berbanding RM7.2 bilion pada tahun sebelumnya. Sebanyak 295 projek telah diluluskan, sekali gus melepasi sasaran RM10 bilion yang ditetapkan kerajaan negeri. Negeri Sembilan juga muncul sebagai negeri keenam tertinggi menerima pelaburan diluluskan di Malaysia.
Pelaburan ini bukan sekadar angka. Ia membawa pembinaan kilang baharu, peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi serta hasil cukai pada masa hadapan. Dalam ekonomi, kesan pelaburan lazimnya mengambil masa satu hingga beberapa tahun sebelum diterjemahkan kepada pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi.
Kalau nak buat perbandingan buatlah Apple to Apple, jangan buat perbandingan Apple to Durian Musang king. Saiz ekonomi Johor lawan dia dengan negeri Selangor.
Johor mempunyai beberapa kelebihan unik iaitu
Kedudukan strategik bersempadan dengan Singapura yang membolehkan hubungan perdagangan antarabangsa yang sangat besar. Johor juga mempunyai Pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor dan mempunyai Kawasan industri berskala besar.
Negeri sembilan takdek kelebihan tersebut.
Berpolitik jangan memperbodohkan rakyat, guna politik untuk mendidik rakyat supaya lebih cakna kepada data dan fakta.


No comments:
Post a Comment