
harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20 peratus dalam tempoh dua minggu.
PUTRAJAYA, 15 Jul – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 16 hingga 22 Julai naik sebanyak 10 sen daripada RM3.97 kepada RM4.07 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, RON95 pula naik sebanyak 5 sen daripada RM3.37 kepada RM3.42 seliter.
Sementara itu, RON97 pula kekal pada RM4 seliter berdasarkan penetapan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu.
“Serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah meningkatkan semula premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran,” katanya hari ini.
Kata Kementerian Kewangan, harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20 peratus dalam tempoh dua minggu.
“Selagi konflik ini belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu oleh ketidaktentuan pasaran global.
“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah,” katanya.
Susulan itu, rakyat diminta merancang perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.


No comments:
Post a Comment