Pergi Maslee tadi, ayam seekor tak ada. Yang ada ayam potong. Tengok harga sampai dekat RM18 sekilo. Rasanya mungkin taktik penjual potong potong ayam supaya boleh jual lebih harga siling.
Aku tak salahkan peniaga. Sebab benda datang pun dah memang mahal. Nak jual murah macamana? Penternak pun terpaksa naikkan harga sebab dedak naik melampau. Katanya antara bahan untuk buat dedak adalah tepung. Sebab itu jadi mahal.
Yang salahnya kerajaan. Sebab kerajaan tak pernah beri perhatian serius pun. Harga naik, dia tetapkan harga siling. Kemudian saman yang naikkan harga. Setakat macam tu, tak padan dengan gaji diorang.
Tadi aku dengar di radio, kononnya Isnail janji akan selesaikan isu tambang kapal terbang mahal ketika musim perayaan. Iyalah sangat. Bodoh bebenor la kalau ada yang nak percaya apa dia cakap.
Isu harga ayam ni pun langsung tak boleh handle walaupun dia ada kuasa. Tiba-tiba nak selesaikan isu tiket kapal terbang sedangkan itu berkaitan syarikat swasta. Sembang boleh la! Guane boh?