MANA TAK TERUKNYA, SAPU BILLION BILLION BEBAS SANA SINI DAN MACAI MASIH LAGI PANGGIL BOSSKU DAN HIDUP UMNO. HARAP PARTI ISLE...MMMM HAMPAS.SEMBANG KUAT.

 

Malaysia bukan negara demokrasi matang kerana ahli Parlimen ‘teruk’, kata Ambiga


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Aktivis yang juga peguam Ambiga Sreenevasan berkata, ahli Parlimen pada masa lalu terkenal matang dan profesional dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Peguam yang juga aktivis Ambiga Sreenevasan berkata Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara demokrasi matang kerana sikap ahli Parlimen yang teruk di Dewan Rakyat.

Bercakap pada satu forum, di sini, Ambiga mengkritik ahli Parlimen khususnya daripada kerajaan yang tidak membaca rang undang-undang dan mengundi mengikut kehendak kerajaan, bukannya menggunakan pertimbangan sendiri.

Kenyataan Ambiga itu muncul selepas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung untuk menghindari politik.

“Apabila kami (kumpulan masyarakat sivil) melobi menentang Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang teruk, kami pergi ke Parlimen dan saya boleh beritahu anda bahawa ada ahli Parlimen kerajaan yang akan mengundi tetapi belum membaca Rang Undang-undang itu.

“Setahu mereka, itu bukan tugas mereka. Mereka berada di sana hanya untuk mengundi dengan cara yang kerajaan mahu mereka mengundi,” katanya pada forum berkaitan buku “Parliament Unexpected” oleh bekas speaker Dewan Rakyat Ariff Yusof.

Ambiga berkata, ahli Parlimen pada masa lalu terkenal matang dan profesional dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat, yang dibuktikan oleh hansard Parlimen.

Kini, kualiti perbahasan Parlimen telah hancur, tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa demokrasi yang matang boleh dicapai di Malaysia apabila pengundi memilih ahli Parlimen yang bagus, yang boleh mereka percayai untuk melakukan pembaharuan.

“Saya percayakan Hannah (Yeoh). Saya percaya Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman),” katanya merujuk kepada dua ahli Parlimen lain yang juga ahli panel forum itu.

No comments: