Katakanlah kita nak percaya duit itu memang untuk dana politik, masih ada beberapa soalan yang boleh kita tanyakan.
Pertama, kenapa duit itu diberikan terus kepada Zahid dan tidak dimasukkan ke dalam akaun bank UMNO? Selalunya, penyeleweng memang tak mahu duit dimasukkan dalam akaun untuk elak diaudit.
Kenapa diberi dalam bentuk bulanan dan dalam amaun yang tetap? Siap boleh ada kenaikan. Ia dah serupa dengan elaun.
Ketiga, adakah pemberi, Harry Lee itu seorang ahli UMNO? Jika bukan, mengapakah dia mahu berikan sumbangan dana kepada UMNO?
Aku tak pasti jika dia warga negara. Tapi jika ya dan dia seorang Cina, pasti sumbangan akan disalurkan kepada MCA, bukan UMNO.
Akhir sekali, adakah dia mendapat manfaat hasil pemberiannya kepada Zahid? Yang ini aku sendiri. Sudah tentu. Sebab syarikatnya mendapat lanjutan kontrak.
Maka sebab itu, ini bukan pemberian biasa tetapi sebaliknya rasuah.
Harry juga ada mengatakan sumbangan itu untuk negara. Kalau sumbangan untuk negara, maka tak bolehlah dipanggil sebagai dana politik.
Kalau kata sumbangan untuk negara pun, kalau nak kata Harry tak salah pun, tapi Zahid tetap salah kerana terima bayaran tunai.
Kena siasat pula ke mana wang itu dimasukkan. Adakah Zahid masukkan dalam 'akaun negara' atau dia simpan sendiri. Maka itu sendiri pun dah bentuk kesalahan juga.
Atas apa alasan pun, sebagai penjawat awam, adalah menjadi kesalahan bagi Zahid untuk terima dana sebegini. Apatah lagi daripada orang yang ada kepentingan.
Dalam perbicaraan kes Liwat 1 dan 2, pengakuan saksi menjadi sebab jatuh hukuman walaupun segala bukti yang dikemukakan tidak relevan.
Jadi kalau dalam perbicaraan kes Zahid ini dibuat sama seperti kes Liwat 1 dan 2, maka sah Zahid akan didapati bersalah. Guane boh?