DIHARAPKAN KERAJAAN INDONESIA ADAKAN PERBINCANGAN SEBELUM MENERIMA MAMAT NI . Di Indonesia, pelantikan duta perlu ada proses tambahan iaitu perbincangan di Parlimen.

 

Indonesia enggan campur tangan pelantikan Tajuddin




Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Teuku Faizasyah menegaskan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman itu adalah bidang kuasa kerajaan Malaysia.

PETALING JAYA: Indonesia tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia berhubung pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta, kata kementerian luar negerinya.

Menurut laporan akhbar Tempo di Jakarta hari ini, jurucakap kementerian, Teuku Faizasyah menegaskan bahawa pelantikan itu adalah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Indonesia ingin menjauhkan diri daripada politik dalaman di sini.

Akhbar itu juga menghubungi kementerian luar Indonesia untuk mendapatkan ulasan berhubung pelantikan Tajuddin sebagai duta Malaysia selepas perkara itu menimbulkan kontroversi di Kuala Lumpur.

“Pelantikan duta adalah kuasa negara berkaitan melalui proses dalaman dan juga di negara destinasi,” kata Faizasyah.

Katanya, setiap calon duta besar secara umumnya akan diminta mendapat persetujuan oleh negara penerima.

“Di Indonesia, pelantikan duta perlu ada proses tambahan iaitu perbincangan di Parlimen,” katanya.

Tajuddin menggantikan Zainal Abidin Bakar, yang berkhidmat sebagai Duta Indonesia sejak 2018. Beliau dijangka memulakan tugas bulan ini.

Terdapat laporan bantahan terhadap pelantikan Tajuddin di Malaysia daripada pihak tertentu selepas kenyataan kontroversinya berhubung pelanggaran dua tren LRT tahun lalu.

“Dia juga sering diejek di media sosial oleh netizen di Malaysia kerana dianggap sebagai seorang yang tidak sensitif dan biadap,” kata laporan itu.

No comments: