ZAMAN BILA NIH : Telaga Jejari Merbau Condong Tak Selamat?

 

HUSAM MUSA


Telaga Jejari Merbau Condong Tak Selamat?

Masih hal telaga jejari Merbau Condong.
Hari ini saya sertakan dua klip video daripada Sukarelawan Gerakan Selamatkan Kelantan.
Walaupun yang disebutkan oleh videographer amatur ini 'loji', maksudnya adalah telaga jejari. (Terima kasih Majer Zaidi).
Klip ini menunjukkan 'tiga beradik telaga jejari' di Kg Bandar. Footage dirakam pada 18 Mei 2022, atau dua hari yg lalu.
'Dua beradik' - maksudnya dua buah telaga jejari - masih berfungsi.
Hari ini kita fokuskan terhadap keadaan menyedihkan - seperti tanah perkuburan lama - dua telaga jejari yg masih berfungsi itu.
Dari klip ini kita boleh tengok beberapa perkara :
a. Telaga tak berpagar
b. Semak samun sekeliling telaga
c. Boleh ditenggelami air semasa banjir
d. Ada aktiviti mengepam pasir sangat hampir dengan telaga
Ia mungkin menimbulkan persoalan bagi orang awam tak berpengetahuan di bidang ini seperti saya :
a. Selamatkah telaga-telaga ini? Bersekali dengan pamnya?
b. Bila banjir, air masuk ke dalam telaga. Airnya tak terganggu?
c. Murahkah kos untuk membersihkan telaga ini selepas banjir, kalau air selut masuk ke dalamnya?
d. Aktiviti mengepam pasir berhampiran selamat untuk telaga ini atau tidak?
Sekali fikir, Aksb memang hebat!
Asetnya yang bernilai jutaan ringgit, ada yang dah mendap dan tak boleh digunakan lagi. Ada yang berfungsi, tetapi seakan loji kumbahan orang kampung saja.
'Berselerak' dalam semak macam tu saja.
Mengepam pasir di kawasan sangat berhampiran memungkinkan runtuhan dan tanah sekitar telaga mendap sekali lagi?
KALAU YA, NAMPAKNYA KESELAMATAN TELAGA MENJADI HAL KEDUA DARI USAHA MENGEPAM PASIR.
Tak tau lah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara masih ada atau tidak.
ATAU sudah jadi SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR PAS atau SPAS?
Kalau tak silap saya, Span tak semena-mena dah buka pejabat Cawangan Kelantan di Bandar Baru Tunjung setahun yg lalu. Apa tujuan pembukaan cawangan khas di Negeri Kelantan - saya tak tahu.
Negara kita juga ada JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA.
Pejabatnya di Kota Bharu ialah di Wisma Perkeso.
Ikut laman web JKKP - di bawah seksyen Penguatkuasaan, ada tertulis begini :
 Menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan di bawahnya.
 Menjalankan audit sistem pengurusan KKP.
 Mengurus, menyelaras hal ehwal aktiviti pengauditan KKP ke atas sektor :
8. Kemudahan – Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Pembersihan.
Mungkin Rakyat Kelantan khususnya lebih 100,000 pengguna air Aksb di empat jajahan ingin tahu keselamatan telaga-telaga ini dari semua aspek.
Telus, jujur dan benar.
Kepada Allah akhir segala urusan.
Husam Musa
Jumaat
19 Syawwal 1443H
20 Mei 2022