APA CERITA DENGAN KES RASUAH BEKAS PENGARAH JBSN?
Lima tahun lalu negara digempar dengan rampasan wang bernilai
ratusan juta ringgit yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah dan pengubahan wang
haram dalam Jabatan Air Negeri Sabah (JBSN). Ia terbongkar apabila SPRM
menyerbu jabatan itu dalam operasi Water JBSN.
Wang bernilai lebih RM60 juta dirampas di pejabat bekas pengarah
JBSN itu. Lanjutan itu bekas pengarah tersebut Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54,
didakwa atas pertuduhan berhubung melakukan pengubahan wang haram.
Turut sama didakwa isterinya Fauzian Piut, 54 idan bekas
timbalan Pengarah Lim Lam Beng, 62.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah.
Kemudian seorang lagi timbalan pengarah JBSN Chee Kong dituduh
dengan 146 pertuduhan dan dibicarakan. Mahkamah Khas SPRM di Kota Kinabalu pada
13 Disember 2017 telah membebaskan Chee Kong tanpa dilepas. Chee Kong juga
dikenakan kompaun berjumlah RM30 juta.
Menjadi persoalan, apakah kesudahan dengan kes membabitan Awang
Mohd Tahir, isterinya dan Lim Lam Beng? Kes ini senyap sahaja, seperti tidak
ada tindakan susulan dan laporan lanjutan mengenai kes itu? Ia sudah
berlanjutan lima tahun.
Apakah kes terhadap ketiga-tiga mereka ini sudah selesai cuma
tidak dihebuhkan oleh SPRM. Kalau diselesaikan macam mana makenismenya, di
dalam mahkamah atau di luar mahkamah?
Apakah nasib mereka juga baik seperti mana berlaku kepada
beberapa pemimpin Umno yang dituduh rasuah dan terbabit dengan wang haram 1MDB,
tetapi akhirnya diselesai di luar mahkamah?
Kerana kes membabitkan mereka itu bukan kaling-kaling kes, wajar
kalau penyelesaian atau proses yang sedang dilakukan diumumkan kepada umum.
Rakyat ingin mengetahui perkembangannya.
Apakah SPRM mempunyai kuasa atau peruntukan undang-undang untuk
menyelesaikan kes itu begitu sahaja tanpa perlu dimaklumkan kepada umum? Atau
pun Ketua Pesuruhjaya SPRM ada kuasa budibiacara yang tinggi untuk mengaturnya.
Kalau semasa membuat tangkapan dihebuhkan kepada rakyat, maka menjadi kewajiban
rakyat mengetahui kesudahannya.
Apakah penghebuhan kepada umum itu untuk menunjukkan ketegasan
SPRM, menggambarkan kakitangan mereka berkerja? Kalau hanya setakat itu lebih
baik SPRM menghentikan tindakan-tindakan untuk mengambil hati rakyat. Tidak ada
guna sedikitpun.
Harap ada pihak menjelaskan kedudukan kes ini. Dan para ahli parlimen silalah timbulkan perkara ini di dalam dewan jangan asyik dan galak mengkritik Ismail Sabri Yaakob sahaja. Trims. * Foto wang yang dirampas dalam serbuan SPRM di JBSN.