KAH..KAH...DIA TAK BERTANDING GAMAKNYA DI INDERA MAHKOTA. SEBAB PENDUDUK SANA RASA DIKHIANATI

 

Ironi apabila Saifuddin mahu menentang politik perkauman, kata Nik Nazmi




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Nik Nazmi Ahmad mengingatkan Saifuddin Abdullah bahawa beliau meninggalkan PKR untuk menjadi ahli Bersatu yang berasaskan kaum.

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad melihat ironi dalam gesaan Saifuddin Abdullah untuk menyekat politik perkauman, dengan menyatakan bahawa menteri luar itu berada dalam parti berasaskan kaum.

Beliau berkata Saifuddin bermain politik perkauman apabila menyertai Bersatu selepas keluar PKR.

“Dia mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dan PKR dan memutuskan untuk menjadi ahli Bersatu, yang kita semua tahu adalah parti berasaskan kaum,” kata Nik Nazmi.

Pada 2018, pengerusi Bersatu ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dalam mempertahankan pendekatan parti berasaskan kaum berkata, ia adalah haluan yang “realistik” kerana rakyat Malaysia berpecah mengikut garis perkauman.

Nik Nazmi berkata, beliau bagaimanapun bersetuju bahawa politik perkauman harus dibendung.

Dalam ucapannya pada Selasa lalu, Saifuddin menyebut untuk menentang politik perkauman dan kesedaran mengenai kaum lain.

Beliau menggesa kerajaan berusaha ke arah membendung politik perkauman yang menurutnya, menjadi punca pelbagai penyakit sosial.

Menurutnya, ucapan kebencian dan sikap perkauman lain akan menyebabkan permusuhan dan boleh membawa kepada keganasan.

Beliau menyeru ke arah toleransi kaum, persefahaman antara kaum dan penerimaan kepelbagaian budaya sambil berkata ia harus membentuk asas untuk kewujudan bersama secara aman.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata cadangan Saifuddin itu perlu dibentangkan di Kabinet.

“Saya ingin mendengar reaksi anggota Jemaah Menteri lain terhadap idea menghapuskan politik perkauman kerana kebanyakan daripada mereka menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ketika PH berkuasa,” katanya.

Menurutnya, Saifuddin perlu bertindak mengikut kata-katanya.

Beliau bertanya sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersedia untuk menggiatkan usaha untuk menghapuskan dasar berasaskan kaum. Katanya, perkara itu membawa kepada diskriminasi kaum.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata ia adalah tugas yang berat memandangkan sistem tadbir urus negara berkisar kepada kaum dan agama.

“Kerajaan mesti menunjukkan komitmen terutama ketika kita semakin menghampiri pilihan raya,” katanya.

No comments: