Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan Asasi oleh KPM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Kewangan Asasi yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Jumlah Bantuan Diberikan
Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:
- Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Apakah Bantuan Kewangan Asasi KPM?
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar atau mahasiswa yang belajar di 12 Pusat Asasi Universiti Awam (UA).
Syarat Kelayakan Pemohon
Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Memohon
Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.