AMPUNILAH KAMI

 

Hamdan Taha

Kita di kejutkan kisah seorang gadis malaysia islam agamanya berkahwin dengan seorang bukan islam di india. Mereka berkenalan dari tahun 2012 di zaman muda mereka


Kisah ini sangat bahaya kepada generasi akan datang. Kita orang biasa dan orang luar cuma terkejut bagaimana ini boleh berlaku. Apakah perkahwinannya mendapat restu keluarga beliau semua kita tidak tau dan tidak ada pekabaran. Perkahwinan sebegini di benarkan di india dan di indonesia juga tetapi di malaysia tidak di benarkan itu sebab majlis mereka di buat di india.


Saya terasa sedih kerana dia telah Allah lahirkan sebagai islam. Lahir sebagai islam ini satu rahmat nikmat dan anugerah juga hidayah dari Allah kepadanya. Di mana silapnya hanya beliau dan keluarga lebih memahami kenapa bole jadi begitu....semuanya kerana hubungan cinta...


15 tahun dulu saya pernah lihat di depan mata saya seorang lelaki bernama mustaqim orang indonesia bekas pelajar pondok di surabaya dan bapanya pula orang beragama imam pula di kampungnya begitu lah kisah di beritahu kepada saya. Saya selalu satu meting dengan mustaqim ini kebetulan dia mula berjaya dalam perniagaan. Kawin sebentar dengan gadis seislam dan sebangsa tapi berpisah. Ikut ceritanya kepada saya nafsunya hanya pada gadis cina atau orang barat katanya. Nafsunya mati pada sebangsa


Kemudian dia jatuh cinta dengan seorang gadis cina beragama kristian. Punya lah dasyat dia suka gadis cina itu sehingga di beri syarat jika nak juga kawin silakan tapi kena masuk kristian. Langsung tidak fikir panjang dia setuju dan tukar agama,bapa dan ibu di kampung dapat tahu pengsan. Akhirnya berkahwin dan menariknya kawan kawan mustaqim yang bangsa cina pun tak suka perkara itu berlaku...


Tapi saya di beritahu perkahwinan itu tak lama juga kerana mustaqim itu jatuh perniagaannya. Isterinya tinggalkan dia...cuma saya tengok isterinya tu...maaf kata lah jika kita kat malaysia ni rupa dia tu kita boleh jumpa di mana mana kat pasar ikan jer tak cantik pun. Tapi sanggup keluar islam dan murtad...sama seperti kisah anak saudara kepada menteri pepaduan kita....


Semoga Allah jauh kan peristiwa seperti ini berlaku kepada kita dan keluarga kita. Juga jauhkan perkara ini berlaku lagi dalam negara kita. Kita  wajib didik keluarga kita....pegangan bahawa agama itu sama sahaja mula membesar jumlahnya di dunia. Tuhan itu sama sahaja bagi semua agama juga sangat bahaya. Benar tuhan hanya satu iaitu Allah....tapi tuhan bagi agama lain sudah tentu bukan Allah kerana fahaman mereka mengikut agama mereka. Dari segi hukum Tuhan hanya satu bagi semua makluk di dunia ini...iaitu Allah...


Ya Allah ampun kan dosa kami...