POLITIK CACAMARBA PH SEKARANG BUKAN BEERTI LALUAN MUDAH BAGI PN, MN DAN BN DI PRU15

 


Image may contain: textNo photo description available.No photo description available.



1) MEMBACA apa yg dinukilkan oleh MMMS dalam Grand Coalition : Satu Utophia hujahnya simple dan mudah, logik akal yg semua org sepatutnya faham dan tak perlu jadi cacamarba sebegini dalam memikirkan "Grand Coalition" yg belum tentu memenuhi harapan dan sentimen rakyat kerana ia hanya bakal menyingkirkan satu sosok yg sinonim dgn perjuangan rakyat marhaen bukan Kapitalis durjana kaki buli dan lintah darat.

2) PH belum pun diperkukuhkan dah ada KELOMPOK KEMARUK KUASA yg gila nak seret org2 luar. Yg biolnya org2 luar tu parti2 "comel lotey" dan tak ramai ahli mahupun penyokong akar umbi. Masuk akal kah kita nak seret masuk tetamu ke rumah PH sdgkan mereka mahu tendang keluar Ketua Keluarga PH? Ini kerja PENGKHIANAT..!!

3) TAPI....saya lebih tertarik bila disebut bab "Economic Voters" dan ia jadi tumpuan utk "elaborate" bagi kita semua memahaminya kerana sejak awal saya ramal kelompok pengundi ini akan memainkan peranan besar di PRU15 nanti. Meskipun dia sudah mengundur diri dari politik, saya tetap bersetuju dgn pandangan Rafizi Ramli pada 09 Januari 2020 di Regional Outlook Forum 2020 bahawa di PRU15 faktor ekonomi dan kos sara hidup masih akan mempengaruhi pengundi. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=XpCL6WJ-dsk

4) Sbb itu saya sering menulis, biar KERAMITA PN bergelut dgn masalah Ekonomi Pandemic COVID-19 ini hanya akan membuatkan rakyat terseksa dgn kos sara hidup. Sape yg selalu beli brg akan perasan harga barang dah gila2 punya tinggi. Cili Sos yg dulu RM2.95 pun skrg dah RM4.65. Itu sekadar CONTOH. Byk lagi brg keperluan kita akan temui naik harga kalau kita perhalusi betul2 tapi saya hairan, walaun-cai tak pulak bising?

5) Saya memg yakin yg "Economic Voters" akan ajar puak PN, MN dan BN ni. At least SEKITAR 50 kerusi (PH menang 40 kerusi di PRU14) dikira marginal, semi urban dan campuran ini TIDAK peduli pasal lain2 isu atau bab-bab sentimen Bangsa dan Agama, lalu apa yg mereka peduli? Mereka lebih kalut nak fikir soal survival, soal nak sediakan makanan utk family, bayar bil dan kerja cari duit. "Economic Voters" tidak bias, tidak taksub pada mana2 gabungan parti samada BN, PN, MN mahupun PH. Mereka boleh swing ikut cuaca ekonomi.

6) So siapa yg kata PH atau PKR akan tewas dgn mudah pada saya sgt "naive" dan tidak memahami sentimen pengundi yg rencam dan gagal memahami REAL Politics. Sokongan Politik sgt dinamik begitu juga percaturan yg cacamarba yg kita lihat skrg. TAPI...dah byk kali dah saya kata, biarkan KERAMITA PN ni teruskan sbb puak tu AKAN GAGAL tangani masalah ekonomi pandemic. Skrg 1 juta org hilang pekerjaaan menjelang PRU15, katakanlah max thn 2023 agak2 berapa ramai yg akan hilang pekerjaan? 2 juta? Dari 2 juta yg hilang income tu takkan le takde yg mengundi dgn perasaan marah pd KERAMITA PN yg gagal menyediakan peluang baru pekerjaan baru?

7) Mcm mana nak ada peluang pekerjaan baru jika FDI dan DDI pun cacamarba. Both Foreign and Domestic Investors hilang percaya pd KERAMITA PN yg tidak stabil dan boleh tumbang bila2 masa. Bukankah dah berulang kali saya kata ini kesan "TRUST DEFICIT"? Ini jelas menyebabkan tiada bisnes atau industri baru yg dibuka bagi mencipta peluang pekerjaan yg baru.

8) So? Anda rasa "Economic Voters" (EV) senang2 nak beri undi pada PN, MN, BN yg bertggjawab merampas kuasa utk tubuhkan KERAMITA kemudiannya GAGAL tangani ekonomi? EV adalah golongan paling TERKESAN akibat kejatuhan Ekonomi atau "Economic Downturn". Dah byk kali saya ulang...."ONE CARDINAL RULE" masih VALID..!! Tak faham? Cari dan baca apa saya tulis mengenai OCR yg pernah diberi amaran oleh Rafizi Ramli pada 14 April 2018. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=QxJ4ERO6wwc

9) Oleh itu, bagi mereka yg terlalu skeptikal PH atau PKR boleh menang byk kerusi sekurang2nya menjadi pembangkang yg kuat dan mereka yg punya "pre conceived idea" KUNUNnya PH tak boleh berpecah, tak boleh bina koalisi baru....berhentilah RATIB dan bimbang konon jika PH pecah maka PKR yg MUNGKIN jalan solo pun akan kalah teruk lalu mereka anggap PN, MN dan BN akan menang besar KUNUNnya. Bullshit..!! kata org kampung saya. TIDAK SEMESTINYA BRADER...It's too simplistic utk berfikiran begitu.

10) ANDAI PH berjaya diselamatkan, saya yakin DSAI mampu memacu kejayaan. Menyerang beliau selepas hanya 9 bulan menerajui PH dgn pelbagai gangguan dalam usaha untuk memperbetulkan keadaaan adalah TIDAK ADIL. Beliau patut terus disokong dan diberikan keyakinan. Hakikatnya DSAI juga menyedari bahawa pelbagai faktor yg tidak menyebelahi PN, MN dan BN selain kos sara hidup dan "Ekonomi Pandemic", termasuklah undi protes dan Outliers. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=ymrKLRAaNLc

11) TAPI jangan lupa, sebahagian rakyat dah menyampah bab-bab koalisi ni sbb anytime MP boleh lompat parti dan buat koalisi baru. Skrg ada dikalangan PH sendiri yg bercakap soal "Grand Coalition" yg baru pulak. Grand Coalition Atuk kamu...!! Oleh itu sebuah pakatan bukanlah merupakan 100% jaminan akan diterima pengundi atau jadi faktor keputusan memangkah oleh pengundi kerana rekod buruk org politik byk sgt yg jadi katak masa kini.

Wallahualam.

- Zus Din

19 Disember 2020