SOKONG ANWAR DIGELAR TAKSUB, SOKONG MAHATHIR DIPANGGIL BERPRINSIP?

 

"Kami bukan taksub batang tubuh seseorang. Kami berpegang kepada prinsip", kata seorang pemimpin dalam PH.

Apa prinsipnya?

Kita kena terima Mahathir kerana Mahathir banyak jasa kepada PH. Dia PM yang kata "manifesto bukan kitab suci", maksudnya boleh dibuat, boleh ditinggalkan. Jasa Mahathir lagi, dia tidak peduli manifesto tentang janji menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim. Anwar dituduh mendesak Mahathir letak jawatan, tapi kita buat2 lupa tentang Mahathir yang merengek2 minta untuk terus jadi PM selepas apec. Anwar kita persalahkan.

Apa lagi prinsip kita? Kita kena pertahankan Mahathir kerana Mahathir seorang pemimpin yang jujur kerana meletakkan jawatan PM tanpa dibincang di dalam Majlis Presiden PH, tidak sepertimana beliau diangkat sebagai calon PM dari PH dulu adalah melalui Majlis Presiden. Beliau tidak mahu menyusahkan semua pimpinan dalam PH untuk hadir mesyuarat, maka Mahathir buat keputusan seorang diri. Inilah pemimpin yang kita mahu iaitu yang tidak banyak menyusahkan kita.

Prinsip kita jelas iaitu mesti bawa Mahathir masuk ke dalam PH kerana Mahathir berani berterus terang secara terbuka menyatakan beliau tidak boleh bekerjasama dengan Anwar. Seperti Shafie Apdal juga, terus terang sebut Pengerusi PH mesti ditukar jika mahu menang PRU. Alasannya, kita gagal tolak bajet baru2 ini. Sebelum ini, kita sebagai Pembangkang sentiasa menang tolak bajet. Betulkan? Oleh kerana kedua2 mereka ini dari awal lagi berterus terang secara terbuka menolak Anwar, maka prinsip kita mestilah terima kedua tokoh ini menyertai PH bagi "memperkuat dan menyatukan" "Grand Coalition" ini.

Jangan lupa, Mahathir pernah bercita2 untuk mewujudkan kerajaan perpaduan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan PM. Besar jasanya kepada kita atas cita2 tersebut kerana jika terwujudnya kerajaan perpaduan, maka automatik kerajaan PH berkubur bahkan nama PH itu pun akan disemadikan oleh Mahathir. Takkan kita lupa sejarah bagaimana orang tua ini pernah mengharamkan partinya sendiri iaitu Umno? Demi kuasa dan tidak mahu ada orang lain ambil keduduksnnya, dia sanggup haramkan Umno, yang dikatakan parti keramat orang melayu. Maka, tidak pelik dia cuba untuk melakukannya terhadap PH. Bijaknya beliau, maka wajarlah beliau dibawa masuk ke dalam PH. Mana tahu, ada rezeki boleh Mahathir haramkan PH pula.

Sesiapa yang mahu kekalkan janji PH untuk mengangkat Anwar sebagai PM, kita anggap tiada prinsip macam kita. Sokong Anwar, ertinya kamu taksub pada batang tubuh. Sokong Mahathir, ertinya kamu mulia, berhemah, berprinsip dan "rahmatan lil alamin".

Wallahu Aklam.

WFAUZDIN NS

 

No comments: