NAMPAKNYA ZURAIDA DIAMPANG.


 Hamdan Taha

Hari ini saya baca kenyataan dari YB Zuraidah. Beliau menyebut jika parti bersatu membenarkan beliau bertanding semula tempatnya ialah parlimen ampang.


Biar lah kalah atau menang tapi tempatnya ampang dan tidak lari ke tempat lain. Apa pun serangan terhadap beliau di situ lah tempat yang lebih baik untuk dia bertanding kerana parlimen itu telah pun dia wakili tiga penggal sudah tentu dia ada jasa pada rakyat di situ ada kenalan di situ dan ada penyokongnya di situ. Beliau berharap umno dan pas beri sokongan kuat.


Apa pun pandangan saya terhadap yb zuraidah ini satu perkara beliau berani dan bekerja keras berbanding dari azmin ali. Azmin ali apa pun keadaan umno dan pas telah buat kenyataan menolak beliau.....zuraidah lebih jantan dari azmin...


Nampaknya team azmin ali yang 10 orang itu yb zuraidah lebih awal mengorak langkah....kita tunggu 10 orang lagi....dan yb zuraidah juga lebih hebat dari mp umno yang lompat ke bersatu....sampai sekarang tak tahu depa nak bertanding di mana