SAKA MAKAN TUAN NI ...

 

Menteri digesa jelaskan kenapa kos baiki sekolah daif naik mendadak


Oleh Teo Nie Ching

(Ahli Parlimen Kulai)

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan menyebut dalam ucapan beliau pada 6hb November 2020 bahawa kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada saya, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu bagi tahun 2016 hingga tahun 2020, sejumlah RM3.055 bilion telah diluluskan untuk projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif bagi 773 buah sekolah di seluruh negara.

Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sejumlah RM415 juta adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 245 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di Semenanjung Malaysia.

Sejumlah RM1.388 bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 291 buah sekolah di Sarawak manakala RM1.252 bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 237 buah sekolah di Sabah.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Ahli Parlimen Baram, beliau juga menyatakan bahawa bagi tempoh mulai tahun 2018 sehingga tahun 2020, sebanyak 241 buah sekolah daif di negeri Sarawak telah dinaik taraf dan dibangunkan semula dengan kos projek berjumlah RM1.216 bilion.

Khusus di Parlimen Baram, sebanyak 15 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan bagi tahun 2018 hingga 2020 dengan kos projek berjumlah RM167.48 juta.

Pelaksanaan projek berkenaan meliputi skop pembinaan bilik darjah, bilik sains, dewan makan, tandas dan kemudahan-kemudahan lain.

Menteri Pendidikan harus menjelaskan kenapa kos purata bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif melonjak secara mendadak.

Menurut jawapan beliau semasa peringkat jawatankuasa, perbezaan kos ini disebabkan oleh perbezaan skop. Ada keadaan di mana sekolah-sekolah ini tidak digantikan sepenuhnya, ada sekolah yang diganti baharu.

Sekolah yang ada di bandar kosnya makin rendah tetapi apabila hendak bawa bahan-bahan binaan ke kawasan luar bandar ini, kosnya akan tinggi.

Penjelasan ini kurang memuaskan dan tidak menyakinkan. Projek-projek pembinaan semula sekolah daif yang dilaksanakan pada tahun yang lalu juga telah mengambil kira faktor-faktor tersebut. Kesemua kos projek juga telah diperakukan oleh JKR.

Baram sebagai contoh. Sebanyak 90% sekolah di PPD Baram adalah sekolah Pedalaman 3. 5 adalah sekolah P1 manakala 3 adalah sekolah P2.

Oleh sebab itu, kos purata pembinaan semula sekolah daif di kawasan Baram memang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, saya menggesa KPM untuk memberi senarai 50 sekolah daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai. 




No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

BERSAMA BN, UMNO BERKUASA 60 TAHUN, KALAU BERSAMA PH, TIDAK MUSTAHIL MAMPU BERTAHAN 120 TAHUN

  Tulisan ini ditujukan khusus untuk pemimpin, ahli dan orang-orang UMNO di seluruh negara. Ia bukan untuk menghasut atau meracun minda, tet...