CARILAH SARANG SEMUT DI MANA....KEMUDIAN TAHULAH DIMANA RAJANYA

 

Sky Reformis

Sewaktu DS Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad terang-terangan merancang untuk bentuk gabungan baharu ketika PH masih di puncak Putrajaya, tiada siapa mampu menghalang mereka. 

Kenapa pula DS Anwar Ibrahim dianggap lemah dan dipersalahkan apabila beliau tidak dapat merampas semula Putrajaya ketika PH pembangkang? 

Di mana logiknya mengharapkan Anwar menjayakan "mission impossible" sehingga diberikan kata dua: "kalau kau tidak boleh, Anwar, kami cari DS Shafie Apdal"? 

Namun, isunya lebih daripada sekadar Anwar atau Dr Mahathir. Isunya pasti lebih luas dan mendalam daripada soal itu. Tidak semudah membaca kenyataan media walau bagaimana panjang dan jelas baris katanya.

Memang sukar mencari semut hitam yang merayap di atas kain hitam tengah-tengah malam begini. Subuh nanti kita lihat rupanya yang sebenar. Biarkan ia merayap ... kita pasti tahu sarangnya di mana!



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

APAKAH MAHIADDIN TIKA INI SEDANG DISERONOKKAN DENGAN KAJIAN TIPU-TIPU, SAMA SEPERTI NAJIB DULU?

  Realiti yang nyata dan nampak di depan mata, Mahiaddin Md Yasin ketika ini adalah Perdana Menteri paling tidak popular dan sangat dibenci....