KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN

 Image may contain: 2 people, including Faezuddin Puad, people sitting and indoor


Faezuddin Puad

1. Saling pertikai antara satu sama lain secara terbuka hanya merugikan kita. Jika tidak dihentikan segera, di mata rakyat, PH seolah-olah sebuah parti yang tak stabil dan berpecah.

2. Kita kena sedar pada PRU-15 nanti, rakyat akan memilih sebuah gabungan parti yang stabil dan kuat. Dengan menjadi kerajaan yang stabil dan kuat saja mampu tarik pelabur dan memberi keamanan kepada negara.

3. Kebanyakan rakyat sudah mula muak melihat politikus bergaduh. Bayangkan, sudahlah kita bergaduh dengan PN atau BN, dengan rakan satu gabungan pun kita ajak bergaduh?

4. Rakyat akan persoal, semasa jadi pembangkang sudah bergaduh, apa jaminan kepada rakyat selepas menjadi kerajaan kita tidak bergaduh?

5. Oleh itu, kita perlu buat rakyat percaya dan yakin dengan Pakatan Harapan. Juga menjadi tanggungjawab kita bersama menepis semua persepsi buruk ini.

6. Saya berpendapat, seeloknya kita kembali ke meja rundingan. Keadilan, Amanah dan DAP wajib bermusyawarah bagi menyelesaikan apa jua masalah yang timbul. Selesaikan dalam bilik mesyuarat bukan keluar kenyataan terbuka menghentam antara satu sama lain.

7. Dalam masa sama, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan dakyah musuh yang sememangnya mahukan kita berpecah. Boleh jadi juga JASA sudah mulakan kerja mereka.

8. Apa-apa pun, Sekarang ini bukanlah masa untuk bergaduh, sekarang masa untuk kita perkukuhkan Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih.

KETUA AMK PULAI

 

No comments: