PIMPINAN AMANAH PERLU NILAI SEMULA SARANAN GC.


MD ZULAIMI KAZIN

Saya selalu juga bersama MSO, bincang dan minum sambil jumpa kawan2. Kadang-kadang jumpa anak-anak muda yang datang dari jauh, ada dari Kelantan dan Terengganu. Ada juga dari Kedah dan Penang.

Sering MSO dirujuk oleh Pemuda2 Amanah tentang banyak isu. sejak dua tiga minggu lepas banyak menyuarakan nak keluar Amanah, tapi MSO nasihatkan jangan, masuk mana2 parti pun sama je keadaanya. Tak puas sana dan tak puas sini. Biasanya mereka semua dengar nasihat.

Semalam semasa saya menemani MSO ke PVC TV di Puchong, ada seorang Ketua Pemuda Amanah negeri wasap MSO yang beliau telah ambil keputusan keluar Amanah. Terkejut saya bila MSO baca wasap tersebut sambil mengeleng kepala.

Kami mengeleng kepala bukan kerana kesal dgn tindakan tersebut tapi kesal dengan punca mereka ambil keputusan. Sejak kenyataan Bang Mat dan Guan Eng dan Status Bang Din dalam fb semalam dah menjadikan ramai anak2 muda Amanah mula agresif tolak Amanah. Saya juga rujuk pada komen fb Bang Mat dan Bang Din semalam, saya termenung betapa penolakan secara terbuka apa yang Bang Mat dan Bang Din bawa dan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Saya rasa Bang Mat dan Bang Din kena nilai semula dan membuat kajian kembali tahap penolakan ini dengan keputusan yang mereka buat, Kalau setakat tolak kpd mereka sahaja tak apa tapi terkesan secara langsung kpd Amanah.