MGID

KAMI TAK CEMBURU, CUMA NAK LIHAT SEJAUH MANA CAKAP SERUPA BIKIN



Baca laporan Malaysiakini tadi, Ada Pemimpin Ulama PAS kata, Serangan kepada Haji Hadi disebabkan cemburu dia dilantik sebagai Duta tugas khas ke asia Barat.. Tak betul tu.. Kalau dia dilantik Menteri Agama sekalipun takda yang menghairankan..memang itu impian dan tujuan penubuhan Kerajaan tebuk Atap..,

hatta kalau Muhyidin melantik Haji Hadi menjadi Duta ke Bulan.. Atau Duta khas ke Syurga atau Neraka pun.. kami tak kisah.... walaupun selama ini tugas khas dia bersama UMNO , Haji Hadi boleh menentukan halal haram satu hubungan tahaaluf Politik.. boleh tentukan seseorang itu musuh Islam, Munafik atau kafir...

hatta tindakan seseorang itu boleh ke Neraka Jahannam atau tidak..ianya dalam pengetahuan Haji Hadi..Sebab itu semasa Dr Wan Azizah nak dilantik sebagai MB selangoor..dia bantah sebab takut bawa ahli PAS ke neraka Jahannam..Tapi bersama Zahid dan Najib, agaknya mungkin boleh ke Syurga... Itupun kami sedia maklum..

Yang aku pertikai bukan soal dia dilantik Duta Khas.. tetapi yang dipertikai Surat dan niat jahat dia menghasut pemimpin gerakan Islam dengan melakukan fitnah, dan adu domba... kerja dan surat jahat itu kami pertikaikan... apalagi cuba mencipta dalil mebenarkan Kerajaan tebuk Atap dengan mengfitnah Aqidah sesama Islam.

.Itulah gambaran satu bentuk perbuatan takfir yang sejarahnya berasal dari satu amanat di Banggol, Peradong, kini perbuatan takfirnya cuba di eksport ke Asia Barat...Dia akan tentukan orang ini Sekular,Liberal,Freemason..terlampau tinggi daya fantasi Haji Hadi ini.. sama seperti dulu Perlembagaan dikata perlmbagaan kafir dan penjajah..

 Kerja jahat perbuatan takfir itu aku pertikaikan..kalau takda bocor surat tu..lantak pi lah kalau di dihantar sebagai Duta ke bulan sekalipun..

Dah pasti surat yang bocor itu datang dari pemimpin gerakan Islam sendiri.. aku tak takut sangat kerja jahat Haji Hadi tu cuba menghasut pemimpin gerakan Islam..hatta zaman Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan,sabitan kes Jenayah pun..dituduh agen IMF dan Israel pun.. sampai hari ini Ds Anwar masih ramai dari kalangan Ulama dan pemimpin gerakan Islam bersimpati dengan Ds Anwar..

Nama besar seperti Tun Mahathir dan Ds Anwar di asia Barat cukup harum.. tak kira kepada masyarakat Arab mahupun pemimpin mereka.. biarpun penyokong Ds Anwar atau penyokong mahathir saling tak puas hati..tetapi nama Tun dan Ds Anwar cukup besar di Asia barat.. itu hakikat yang tidak dapat dipadam dengan satu surat..

Mereka mempunyai legasi dan sejarah yang panjang dengan Asia Barat..dan tidak mungkin boleh diburukkan dengan surat surat kebencian dan Kedengkian seorang Ulama Jahat... Peranan Ds Anwar dan Tun diakui Dunia asia Barat.. kehadiran Ds Anwar di Asia barat bukan sekadar berselfie dengan pemimpin Dunia seperti Ibrahim Ali bergambar dengan Ayatullah Khomeini...

Jadi fahamkan..Sebab aku kritik haji Hadi bukan sebab dia dilantik Duta Khas seperti Sammy vellu dulu..tapi aku marah kenapa kebencian dia ekpada Ds Anwar masih belum padam..

Tidak cukup puas kah berjaya hasut sekalian pemimpin PH untuk jatuhkan Kerajaan yang menang atas lambang PKR ? mahu apa lagi..Ds Anwar pun takda serang peribadi Haji Hadi..Inikan gambaran Ulama ? cukup jahat.. Nampak tak Allah Zahirkan dua yg dikata Ulama, Sorang dari Utara, dan sorang dari Pantai timur bagaimana Kebencian merosakkan Agama dan Akhlak depa..

 inilah gambaran Nabi tentang kelompok pedengki dan Pembenci.. kata Nabi, akan mucul satu penyakit dari kaum terdahulu (yahudi).. yang membawakan sifat Dengki dan Benci ini.. Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka.. ia dikenal dengan Istilah Haliqah, iaitu Pemangkas Agama... sabda Nabi SAW..

، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ...

Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong agama dan bukan pemotong rambut...

Ipohmali



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...