KISAH BERNAS



MAT SAMAN KATI

Hari ni aku nak kelentong sikit pasal BERNAS ni. Ramai budak-budak yang baru nak up ni,  masa Bernas ditubuhkan, depa pun tak lahir lagi. Kat sekolah pun tak ada modul Bernas ni dalam matapelajaran sejarah.

Sebelum tahun 1996, Bernas dikenali sebagai Lembaga Padi Negara (LPN). Ini adalah diantara agensi kerajaan yang buat duit dengan turnover hampir RM2 billion ringgit dan keuntungan sekitar RM80 juta. Tapi tu la...mana agensi yang untung, Mahathir akan swastakan untuk memperkayakan kroni dia.

Tahun 1995 ada pillihanraya umum dan Mahathir nak tolak Datuk Hamid Pawanteh dari jawatan Menteri Besar Perlis. Dan dia mahu Shahidan Kasim jadi MB....tapi Shahidan tak mau sebab Perlis negeri kecik. Bukan boleh buat duit.

Lantas Mahathir menawarkan kepada Shahidan untuk menguasai LPN sebagai habuan untuk menjadi MB. LPN akan diswastakan dan dinamakan sebagai Bernas, dan sebahagian besar saham dalam Bernas akan diberikan kepada Shahidan. Janji, Shahidan mau jadi MB Perlis dan Datuk Hamid disingkirkan.

So, selepas PRU 1995, depa pun pakat faraid LPN untuk adik beradik depa. Tapi depa bukan la bodo macam Osman Jailu, Exco Perak dulu. Buat syarikat nak bawa lari bajet pelancongan, dia bubuh nama sendiri

Pada 1 Januari 1996, LPN pun dikuburkan dan digantikan dengan BERNAS. Kalau sebelum tu, LPN adalah milik negara, sekarang dah jadi milik individu. Siapa pemiliknya?

Budaya Generasi Sdn Bhd (BGSB) memiliki 34% saham Bernas.Pemilik saham terbesar dalam BGSB ialah Permatang Jaya (PJSB) yang memiliki 44% atau 15% saham Bernas.  Pemegang saham itu adalah Dohat bin Shafie dan anaknya Nur Daliza ninti Dohat. Dohat bin Shafie adalah ipar Shahidan.

Secara mudahnya, keluarga Shahidan memiliki 15% Bernas.

Kemudian, Sebiro Holdings Sdn Bhd yang memegang 5.5% dalam BGSB. Pengarahnya ialah Megat Junid Megat Ayub.

Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Nelayan, MADA, dan KADA berkongsi selebihnya, 11%.

Untuk rekod, Yayasan Pok Rafeah Berdaftar merupakan pemegang ke 11 terbesar dalam Bernas. Dan Pok Rafeah adalah ibu kepada Daim Zainudin.

Ogos1997, BERNAS disenaraikan di Bursa Saham KL. Sapa ada duit boleh melabur. Yang gerenti boleh melabur bukan petani dibendang atau nelayan dilaut, tapi orang yang ada duit mencari keuntungan cepat.

Begitulah alkisahnya sejarah penubuhan Bernas.

Tahun 1999, Bernas untung RM117 juta. 2000, 83 juta. 2001, 128 juta. 2002, 60 juta. Sapa yang mendapat manafaat dari keuntungan ini? Bukan rakyat sebab ia bukan milik rakyat, tapi pemilik saham diatas. Kalau untung 100 juta, keluarga Shahidan dapat 15 ,juta. Daim pun dapat juta-juta.

200,000 petani dan nelayan dibawah LPP, NEKMAT,, MADA dan KADA berkongsi 11 juta. Dapat la 55 ringgit sorang. Bersyukur la.

Nanti sambung lagi...

No comments: