Mat Saman Kati
Posting aku semalam mendapat 870 like, 165 komen, 253 shares...tak ada sorang pun yang kata fitnah. Tak ada sorang pun yang repot pdrm, skmm. Aku cerita betui, orang kata fitnah. Aku kelentong, semua percaya.
Donia...donia.
Kita pusing lagi, Halim. Wang besar...wang besar.!!!
Walaupun keuntungan Bernas jatuh kepada RM60 juta pada tahun 2002 berbanding RM128 juta pada tahun 2001, Bernas masih membayar 4juta ringgit elaun Pengarah dan 21juta ringgit dividen. Untung jatuh teruk pun, elaun tetap tinggi.
Daripada tujuan asal untuk memastikan keterjaminan makanan, Bernas melebarkan sayapnya kedalam industri makanan. Depa nak jadi konglomerat macam Nestle. Bernas melabur dalam banyak syarikat dan memperuntukan RM300 juta untuk ini.
55 juta dilaburkan dalam Gardenia. 14 juta dalam Burger King. 110 juta dalam KFC. Bernas juga membuat strategic alliance dengan QAF Ltd. Singapore dan Dewina Food Industries. Keseluruhanya, Bernas membuat usahasama dengan 17 syarikat.
PRU 2004, Pak Lah menang besar. Pak Lah pulak menumpukan perhatian kepada pertanian. Bernas pun terus maju dan mendapat keuntungan besar.
2004-117.3 juta.
2005-130.6 juta
2006-135.3 juta.
2007-107.3 juta
2008-(57.4) juta.
2005-130.6 juta
2006-135.3 juta.
2007-107.3 juta
2008-(57.4) juta.
Daripada untung lebih seratus juta tiap-tiap tahun, tiba-tiba Bernas rugi 57 juta pada tahun 2008.What dah happened?
Ekcelli, hujung tahun 2007 dah mula berlaku kegelisahan disebabkan kenaikan harga minyak dunia hingga keparas USD100 setong. Masa tu, Pak Lah pun panik sampai dia menaikan harga minyak sehingga RM2.50 seliter. Habih orang menyumpah Pak Lah masa tu.
Bila harga minyak naik terlalu tinggi, harga beras juga meningkat. Dalam masa empat bulan, dari Januari hingga April 2008, harga beras meningkat dari RM1000 setan kepada RM3,000 setan. Bernas tak mau impot beras sebab rugi dan menyebabkan kita hampir kehabisan beras.
Pak Lah terpaksa masuk campur dan kerajaan terpaksa membeli 500,000 tan dari India yang bernilai RM725 juta ringgit.
PRU 2008, BN kehilangan lima negeri. Pak Lah cukup marah kat Shahidan dan tidak mau menyambung jawatanya sebagai Menteri Besar Perlis. Kecoh jugak masa tu.
Bila Shahidan bukan lagi jadi MB, saham Bernas jatuh.
Apa yang berlaku dalam Bernas selepas tu aku tak pasti. Kalau tengok Laporan Bernas 2008, syarikat Budaya Generasi masih lagi mempunyai 30% saham. Tapi bila tengok Laporan 2009, nama Syarikat Budaya Generasi dah hilang. Something happened antara April 2009 hingga April 2010.
Pegangan saham dalam Budaya Generasi juga sudah berubah kerana ia sudah dikontrol oleh Syed Mokhtar. Mungkin, keluarga Shahidan melepaskan saham mereka dan dibeli oleh Syed Mokhtar.
Kemudian berlaku satu kejutan. Pada 30 Julai 2009, syarikat Wang Tak Co Ltd dari Hong Kong sudah memiliki 31% saham dalam Bernas. Macam mana nak cakap tentang food security kalau syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan bekalan beras negara, dipegang oleh syarikat Hong Kong?
Masa ni, Najib baru tiga bulan jadi PM. Dia perlu menyelamatkan Bernas dari jatuh ketangan negara asing. Mahathir pun masa tengah syok dapat menendang Pak Lah dari jawatan PM. Najib mintak tolong kat Mahathir. Mahathir pun bawak kroni dia, Syed Mokhtar.
Pada 9 Ogos 2009, Syed Mokhtar menawarkan untuk membeli keseluruhan saham Wang Tak dengan kos sebanyak RM530 juta. Dengan saham-saham yang sebelum ini sudahpun dimilikinya, pemilikan saham Wang Tak meningkatkan pegangan saham Syed Mokhtar menjadi 53%. Menjelang 2013, Syed Mokhtar menguasai 72% pegangan didalam Bernas.
Kalau tengok Laporan Bernas 2012, pegangan saham didalam Bernas adalah seperti berikut.
Tradewind - 72.5%
Perspective Lane - 10.8%
Pertubuhan Peladang Kebangsaan - 3.71%
NEKMAT - 3.42%
Batu Bara Resources Corp - 0.11%.
Perspective Lane - 10.8%
Pertubuhan Peladang Kebangsaan - 3.71%
NEKMAT - 3.42%
Batu Bara Resources Corp - 0.11%.
Perspective Lane tu pun ada kaitan dengan Syed Mokhtar jugak. Batu Bara sapa punya?
Yang tu keluarga Shahidan punya. Dah jadi minority shareholder.
Tahun 2009, Yayasan Pok Rofeah Berdaftar masih lagi mempunyai 2,250,000 saham atau 0.48%. Tapi tahun 2010, hilang dari top 30.
Dan pada 18 April 2014, BERNAS telah dikeluarkan dari Bursa Malaysia. Ia bukan lagi syarikat senaraian awam, (Public Listed Company), sebaliknya sudah jadi syarikat swasta. Masa tu, Mahathir mula marah kat Najib. Habis kroni dia kena cantas. Tapi Najib ni jenis melawan...tanggung sendiri la.
Sekarang ni, tak ada lagi Laporan Bernas yang boleh kita tengok setiap tahun. Berapa untung, berapa rugi...berapa simpanan beras yang kita ada...berapa lama boleh tahan...wallahualam.