“Selepas Rinaremon, kini kita ada Rainitiktok”

“Selepas Rinaremon, kini kita ada Rainitiktok”
Ali Baba pula menulis, "Selepas menteri Rinaremon, kita ada sekarang Menteri Rainitiktok.. apa lagi yang rakyat boleh harapkan dari mereka?"

“Selepas Rinaremon, kini kita ada Rainitiktok”


Selepas Persatuan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan pertandingan Tik Tok, ia disambut pula oleh menteri mereka, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.
Ia menyebabkan, Menteri Pengajian Tinggi kini digelar Rainitiktok.
“Jom join Tik Tok Contest,” tulis Noraini melalui satu kenyataannya di facebook beliau.
Menurut Noraini, para peserta boleh kongsikan video mengikut kreativiti masing-masing dengan beliau.
“Ada hadiah menarik menanti anda,” tulis Noraini.
Sebelum ini, pertandingan Tik Tok, Dr Noraini menganjurkan “Makcik Kiah Contest”. Ia dijalankan sehingga tiga siri.
Pertandingan Tik Tok adalah kali kedua Dr Noraini hangat di media. Sebelum ini permintaan beliau agar mahasiswa dibenarkan kekal di asrama masing-masing selepas universiti ditutup ekoran wabak Covid-19 dikecam hebat.
“Sudah terlewat menteri,” kata pelbagai pihak kerana ketika arahan itu dbuat, kebanyakan pelajar sudah memenuhi di stesen-stesen bas dan keretapi untuk pulang ke kampung masing-masing.
Sebelum ini, langkah Majlis Perwakilan Pelajar USM menganjurkan pertandingan Tik Tok telah dikecam oleh banyak pihak kerana ia disifatkan bukan masa yang sesuai.
Bekas aktivis mahasiswa, Ashraff Nazrin yang berkata, dalam keadaan Malaysia sedang berharap adanya kajian saintifik untuk vaksin atau penawar Covid-19, rakyat disajikan pula dengan video TikTok.
“Patutlah bila kerajaan umum kebebasan berakademik, kebebasan pilihanraya, nak mansuh AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti), mereka bukan main peduli.
“Bukan masalah AUKU atau kerajaan pun. Memang pelajar ini bangang-bangang belaka,” bidasnya.
Ada juga pengguna yang meninggalkan komen terkejut, “Serius lah MPP USM?”
DEKATI GOLONGAN 16-24 TAHUN
Adam Mukhriz Mohd Mahayeddin berkata, langkah Dr Noraini membuat pertandingan tersebut bertujuan untuk mendekati golongan remaja berumur antara 16 – 24 yang banyak menggunakan aplikasi yang lebih dikenali untuk menari ini.
“Bila Menteri Pengajian Tinggi buat kempen Tik Tok, kita faham dia try hard (cuba bersungguh-sungguh)nak dekati golongan ini tetapi pemilih KOL (influencers) tak sesuai dengan nama pengajian tinggi.
“Malah ajak orang menari di Tik Tok tu agak cringe..(memalukan).
“Sorry (maaf) lah. Tak sesuai. Dont try so hard (jangan cuba bersungguh sangat),” kata Adam Mukhriz.
Tindakan Noraini menganjurkan pertandingan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambut baik namun mengajak mereka menyertai pertandingan menari kurang sesuai dengan Pengajian Tinggi, kata netizen.
“Patut buat cabaran jawab soalan ke, cabaran mengaji ke,” tulis seorang netizen, Brader Jet.
Ali Baba pula menulis, “Selepas menteri Rinaremon, kita ada sekarang Menteri Rainitiktok.. apa lagi yang rakyat boleh harapkan dari mereka?”