DARI LANGKAH SHERATON MELANGKAH KE GLC




Kini tumpuan mereka ialah menggantikan golongan teknokrat dan profesional yang dilantik oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kroni-kroni mereka dalam kalangan parti politik. Pengerusi Socso Zakri Khir telah meletakkan jawatan dan tempatnya akan digantikan dengan Ahli Parlimen Sabak Bernam dari BERSATU, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh. Pengerusi MARA Dr Hasnita Hashim dan ahli lembaga pengarahnya juga telah dipecat pada 18 Mac lalu. Hasnita memiliki PhD dalam Fizik Nuklear, Universiti Oxford, UK, Sarjana Muda Sains Fizik, Universiti Surrey, UK, dan ahli Bersekutu Institut Aktuari, Staple Inn, London, UK. Beliau merupakan Independent Non-Executive Director di Malayan Banking Berhad sejak 1 Julai, 2016. Kelayakan beliau tidak penting kerana beliau bukan ahli politik dalam gerombolan pengkhianat mandat rakyat ini.

No comments: