IKTIBAR BUAT PH DIMASA DEPAN




Tulisan dibawah ini sangat relevan untuk PH,peluang dan pengajaran mengangkat ketua bukan dari jalur Islah (pemhabaruan)..

Pada Khalid politik PH adalah disekitar siapa yg jadi PM untuk bawa PH kembali memerintah (dan kembali jadi menteri), bukan lagi soal mandat rakyat. Ia hanya sekadar Tun Mahathir jadi PM atau mengapa Anwar nak jadi PM.. maka perkara lain dianggap kecil dan dikesampingkan tetapi dituntut pengertian.

Khalid Samad mungkin sehebat Tukar Tiub pandai mengolah setiap butir penceritaan sehingga menimbulkan kewajaran kpd setiap tindak tanduk Tun M dan meletakkan semua kesalahan kepada duo TSMY dan Azmin Kitul.. tetapi rakyat, khususnya penyokong PH telah menyorot setiap inci peristiwa ini dari awal dan menganggap krisis dan peristiwa yg membawa kpd rampasan kuasa oleh PN itu cuma hasil yg pasti dari segala kegagalan pemerintahan PH selama 22 bulan.

Pada kami rakyat, ia cuma akibat daripada kegagalan Tun M dan pendokongnya dari menteri-menteri PKR, Amanah dan DAP mengiktiraf kehendak rakyat PH terbanyak yg mahukan MANDAT REFORM diiktirafkan melalui tarikh peralihan kuasa yang kepada Anwar Ibrahim dengan harapan mandat itu kembali bertunas setelah kecewa selama 22 bulan Tun dan kabinetnya termasuk Khalid dilihat gagal melaksanakanya.

Tarikh yang dituntut rakyat itu gagal ditunaikan oleh PM kesayangan Khalid, Mat Sabu dan Guang Eng.. sehingga mengheret kpd keruntuhanan kerajaan PH. Mengapa??

Jadi apa sial majal pada tarikh peralihan itu sehingga selama 22 bulan itu cukup menakutkan Tun M dan kabinetnya sehingga membawa kepada keruntuhan? Ketakutan kepada Anwar Ibrahim menjadi PM atau ketakutan kepada perlaksanaan REFORMASI akibat Anwar jadi PM??

Pada kami rakyat isunya bukan siapa jadi PM.. tetapi isunya siapa PM yg dapat bawa islah REFORMASI. Ia bukan soal Anwar jadi PM, TUN M atau Mat Sabu jadi PM.. tapi soal janji reform 20 tahun yg kami percayakan siang dan malam.

Pada kami memberi kewajaran kepada Tun M pada kesilapannya yg membawa kepada runtuhnya kerajaa PH itu tidak penting.. yang penting tumbangnya kerajaan PH oleh PN adalah titik peralihan kepada permulaan baru untuk melihat kerajaan PH bangkit melalui spektrum baru iaitu kerajaan PH@total reform dibawah kepimpinan lama Anwar Ibrahim yang telah 20 tahun dinafikan pembuktian janji reformnya.

Jadi, kalau Khalid dan indolanya Tun M jujur dan ikhlas kepada kehendak mandat rakyat PRU4, 2018 maka mereka harus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim mengetuai kebangkitan PH menumbangkan PN nanti.. mereka patut beri muka pada rakyat pula sebagai tuan mereka.

Kecuali mereka anggap rakyat sebaliknya..

credit, Sohaimi Ali