TAK KAN PH YANG BERSALAH.

 


KEDUDUKAN MURTAD DALAM UNDANG UNDANG NEGARA




Bila timbul isu Aliff melakukan ritual yang dianggap bertentangan dengan Islam, ramai "pejuang pejuang agama"  bangkit mengkritik macam macam... PH bela orang murtad, PH reda melayu murtad diselang seli dengan maki hamun dan berbagai kata nesta, kebetulan pelaku dikatakan penyokong PH.


Siapa yang perlu disalahkan bila timbul isu isu seperti ini?


Mahkamah Sivil tidak ada kuasa untuk membicara kesalahan murtad. Murtad juga bukan satu dalam mana mana undang undang Persekutuan... Salah siapa? 


Jabatan Agama Islam Negeri dok buat apa??? 


Ambo ada pengalaman peribadi ketika terlibat dengan kes ajaran sesat Ayah Fin, pengikutnya Ust Mohd Ya dan isterinya Ustazah Kamariah (dua dua lulusan Al Azhar ) Dan beberapa orang lagi telah didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan, kedua duanya mengaku telah murtad dan peguamnya berhujah OKT tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana mereka bukan orang Islam!!!!!...kes ini berlaku di Kelantan di zaman atgna sebagai MB Dan Pas memerintah Kerajaan Kelantan.


Walaupun Islam memandang serius kesalahan murtad, namun negara masih belum ada undang undang berkaitan kesalahan murtad... PMX atau PHkah yang bersalah????





No comments: