Menjunjung berhala Hindu atas kepala, mencucuk lidah dan pipi dengan trisula Hindu serta memakai terompah paku sambil menaiki tangga kuil Batu Caves pada hari perayaan Thaipusam.
Perbuatan ini sangat menghancurkan hati-hati kami sebagai umat Islam yang cintakan kesucian agama ini. Menitis air mata melihat perkara ini sedang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Perbuatan syirik Aliff Daniel selama ini disokong kuat oleh ibu dan adiknya. Semua Melayu, IC beragama Islam.
Siapa tidak kenal pelakon watak Dewi dalam filem Walid? Ranea Ezreen. Itulah dia bersama-sama abangnya Aliff Daniel sambil membawa dulang persembahan di kuil Hindu.
Bagaimana sebuah keluarga Melayu boleh dibiarkan melakukan ritual syirik ini di kuil Hindu? Di mana JAKIM dan agensi agama? Adakah masih wujud Menteri agama dan Timbalan Menteri untuk bersuara dan bertindak? Atau hanya sekadar melihat sahaja?
Mereka semua masih diam sehingga ke hari ini! Kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap amanah kalian kelak!
Adakah ini hasil yang mahu diperlihatkan kepada masyarakat Islam sehingga JAKIM mendapat penambahan peruntukan berbilion-bilion ringgit?



No comments:
Post a Comment