Empat MoU Perkukuh Mesir Jadi Pintu Masuk Strategik Malaysia Ke Benua Afrika

 

IMG_7918

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kenderaan keluaran PROTON dan MODENAS kepada Presiden Mesir di Putrajaya pada 11 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Pemeteraian empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Mesir yang berlangsung di Putrajaya sempena lawatan negara Presiden Abdel Fattah El-Sisi, menunjukkan Mesir kekal sebagai rakan strategik utama Malaysia bagi menembusi pasaran luas di benua Afrika hingga ke Maghribi.

Empat MoU merangkumi pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan serta promosi dan pemudahcaraan pelaburan menyaksikan Mesir melihat Malaysia sebagai pengeluar produk penting termasuk industri halal, teknologi tinggi, semikonduktor dan kejuruteraan penting dari Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Sabtu, 10 Oktober 2026. Foto PMO

Dalam bidang pelaburan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menandatangani MoU dengan Pihak Berkuasa Am bagi Pelaburan dan Zon Bebas Mesir yang mana perjanjian ini dijangka membuka ruang perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan jaringan pelaburan yang lebih luas.

Kedudukan geografi Mesir yang strategik menjadikannya jambatan semula jadi ke Afrika ditambah dengan laluan perkapalan utama Terusan Suez menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean dan negara itu menjadi hab perdagangan antara Asia, Eropah dan Afrika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kenderaan keluaran PROTON dan MODENAS kepada Presiden Mesir di Putrajaya pada 11 Oktober 2026. Foto PMO

Syarikat Malaysia yang telah memulakan operasi di Mesir berpeluang mengakses pasaran serantau yang jauh lebih besar dengan nilaian kira-kira RM100 bilion menjelang 2030 dan dijangka semakin bertambah menerusi pengenalan mekanisme pemudah cara antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyebut, potensi kerjasama merangkumi perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan udara serta sektor berteknologi tinggi akan terus diperkukuh demi kemajuan ekonomi kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kenderaan keluaran PROTON dan MODENAS kepada Presiden Mesir di Putrajaya pada 11 Oktober 2026. Foto PMO

Pameran model terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) termasuk kenderaan elektrik (EV) yang dipertontonkan kepada Presiden El-Sisi di Putrajaya semalam, memperlihatkan keupayaan industri automotif Malaysia sekali gus membuka peluang eksport kenderaan dan jenama tempatan ke rantau berkenaan.

Kerjasama pendidikan tinggi dan pelancongan pula mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat sementelah Mesir sejak lama menjadi destinasi pengajian agama pelajar Malaysia, dan hubungan diplomatik dua hala sudah terjalin sejak 1959.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Sabtu, 10 Oktober 2026. Foto PMO

Dalam ucapannya, Anwar sendiri menegaskan usaha ini perlu diterjemahkan kepada hasil nyata, khususnya dalam memperluas peluang ekonomi dan manfaat kepada rakyat.

Para pengeksport tempatan wajar mengambil peluang daripada hubungan strategik dengan Mesir bagi meningkatkan nilai sebenar kerjasama ini apabila lebih banyak syarikat Malaysia memasuki Mesir, kenderaan PROTON dan MODENAS mula dieksport dan pertukaran pelajar serta pelancong meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Sabtu, 10 Oktober 2026. Foto PMO




No comments: