
Kenaikan IPG kepada RM3.30 sekilogram menunjukkan sokongan berterusan Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pekebun kecil getah. Foto X Anwar Ibrahim
KLUANG, 10 Okt – Pembentangan Belanjawan 2027 bukan sahaja menyentuh kebajikan pekerja awam dan swasta, malah para pekebun kecil getah juga lega dengan keputusan kerajaan menaikkan lagi kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram daripada RM3 ketika ini.
Sudah tentu kenaikan berkenaan membawa impak positif kepada kira-kira 300,000 pekebun kecil getah di seluruh negara apatah lagi dalam perihal menangani isu kos sara hidup susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Kerajaan sedar kenaikan ini meningkatkan pendapatan isi rumah pekebun secara langsung dan IPG berfungsi sebagai mekanisme sokongan harga ketika harga getah di pasaran rendah, dengan sasaran pendapatan kasar minimum sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan bagi pekebun yang memiliki dua hektar tanah.
Tambahan 30 sen sekilogram membantu menampung kos sara hidup yang terus meningkat. Ini merupakan kali ketiga kadar IPG dinaikkan, berbanding RM2.50 sekilogram pada 2022, menunjukkan sokongan berterusan Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dengan kenaikan insentif lebih tinggi menggalakkan pekebun terus menoreh atas asas bahawa pekebun kecil menyumbang lebih 90 peratus pengeluaran getah asli negara sekali gus memastikan kesinambungan bekalan untuk industri hiliran seperti sarung tangan getah dan tayar.
Ini ditambah lagi dengan kenaikan ini turut melengkapi bantuan lain dalam belanjawan yang sama. Seramai 290,000 pekebun kecil menerima bantuan subsidi RM400 sebulan setakat September, manakala RM30 juta diperuntukkan bagi menangani penyakit dan perosak tanaman. Pendekatan menyeluruh ini memperkukuh daya tahan komuniti luar bandar.
Lebihan pendapatan yang diterima pekebun lazimnya dibelanjakan secara terus dan merancakkan ekonomi setempat sebagai
Bagi Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia, Kameruzaman Ab. Rahman, pihaknya menyambut baik langkah ini tetapi berpandangan kadar RM4 sekilogram lebih sesuai, selain meminta kerajaan menyelesaikan kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan.
Walaupun nampak kecil, namun ia menunjukkan kenaikan itu satu permulaan yang baik dan sepatutnya pekebun kecil lebih meningkatkan produktiviti bagi memenuhi permintaan global yang terus meningkat.


No comments:
Post a Comment