NAK TENGOK LEBAI NI ADA TAK ADA , BILA ANWAR TAK ADA DALAM PARLIMEN...DIA PUKUL CURI SEMBUNYI TANGAN....KOMAN SEPANA LA...

 





Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat semalam, kelibat Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menjadi perhatian. Bukan kerana beliau hadir, tetapi kerana kerusinya dilihat kosong.

Lebih menarik, seorang pengguna Threads membandingkan ketidakhadiran Presiden PAS itu dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tetap hadir mendengar pembentangan belanjawan negara.
“Syed Saddiq nikah esok pun petang ni boleh datang parlimen dengar belanjawan. Hadi Awang ponteng tu nikah harini ke?” sindir pengguna Threads dikenali sebagai 4lahmak.
Apa yang membuatkan sindiran itu lebih pedas, Syed Saddiq yang dikaitkan dengan persiapan pernikahannya masih boleh meluangkan masa berada di Dewan Rakyat untuk mendengar sendiri pengumuman penting kerajaan.
Sebaliknya, kerusi Ahli Parlimen Marang dilihat kosong ketika pembentangan belanjawan yang menentukan pelbagai peruntukan dan bantuan kepada rakyat bagi tahun hadapan.
Melihat hantaran terakhir di Facebook Abdul Hadi pada hari berkenaan memaparkan siaran langsung kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu.
Tidak salah menyampaikan kuliah agama. Namun, netizen mempersoalkan keutamaan seorang wakil rakyat apabila pembentangan belanjawan negara berlangsung pada waktu yang sama.
Ketiadaan tokoh penting PAS itu dipersoalkan netizen, apatah lagi beliau sering lantang mengkritik dasar ekonomi dan pentadbiran kerajaan khasnya dalam penulisan Minda Presiden. Tetapi apabila tiba masa untuk mendengar sendiri pembentangan belanjawan di Parlimen, kerusinya pula kosong.
Akhirnya, sindiran netizen itu membawa satu persoalan mudah. Kalau Syed Saddiq yang dikatakan sibuk hendak bernikah pun boleh hadir menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, apa pula alasan wakil rakyat Marang kali ini?

No comments: