Berpuluh tahun PAS bercakap soal perjuangan Islam

 





Berpuluh tahun PAS bercakap soal perjuangan Islam. Tetapi apabila kita buka sejarah pembangunan Islam di Malaysia, banyak institusi besar yang dinikmati umat Islam hari ini sebenarnya dibangunkan oleh kerajaan pimpinan parti-parti selain PAS.

Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, JAKIM, sistem pensijilan halal, sekolah agama, pendidikan tahfiz dan bantuan Sekolah Agama Rakyat. Semua ini dibangunkan dan diperkukuh menerusi dasar kerajaan sejak puluhan tahun dahulu.
Bank Islam dan UIAM ditubuhkan pada 1983, JAKIM pula pada 1997. Ketika semua institusi penting ini dibangunkan, PAS bukan peneraju Kerajaan Persekutuan.
Sekarang kita tengok pula angka peruntukan.
Ketika PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan, Belanjawan 2022 memperuntukkan RM1.5 bilion untuk hal ehwal Islam.
Apa pembaharuan dibuat? tak ada.
Kini zaman PMX, peruntukan itu meningkat kepada RM3.1 bilion dalam Belanjawan 2027. Lebih sekali ganda!
Bukan sekadar menambah angka, PMX turut memperluas kebajikan petugas agama, menanggung caruman PERKESO untuk 40,000 petugas, memberikan bantuan khas RM750, memperkukuh pendidikan pondok dan membawa dakwah ke dunia digital.
Jadi kalau ada yang mendakwa segala pembangunan Islam di negara ini berlaku kerana perjuangan PAS, elok kita tanya satu soalan mudah.
Berapa banyak institusi Islam utama di peringkat Persekutuan yang PAS sendiri tubuhkan ketika berada dalam kerajaan?
Kerana sejarah menunjukkan pembangunan Islam di Malaysia sudah lama digerakkan oleh pelbagai kerajaan dan pemimpin, termasuk Anwar Ibrahim yang pernah terlibat dalam pembangunan pendidikan Islam negara sejak sebelum menjadi Perdana Menteri.
Bercakap soal perjuangan Islam satu perkara. Membina institusi, menyediakan peruntukan dan menjaga kebajikan umat Islam pula satu perkara yang boleh dinilai melalui rekod dan pelaksanaan.
Sejarah pembangunan Islam negara tidak bermula dengan PAS dan tidak terhenti apabila PAS menjadi pembangkang.
- Ahmad Mursi






No comments: