Saya pun takut api neraka juga"
Itulah kenyataan seorang penasihat shariah senior apabila saya bangkitkan isu-isu yang ada di media sosial berkenaan kewangan Islam. Kononnya apa yang diamalkan sekarang tidak memenuhi kehendak agama.
Penasihat shariah berkenaan menegaskan bahawa mereka mambuat keputusan berdasarkan kaedah-kaedah shariah yang diterima pakai di negara ini. Bukan boleh putuskan ikut sesuka hati pula.
Malah "takut masuk neraka" ialah satu halangan utama kerana hamba-hamba Allah yang yakin akan hari pembalasan tidak akan menjual akhirat hanya untuk sedikit kesenangan di dunia yang tidak kekal ini.
Di Malaysia ni ada beberapa lapisan struktur yang bertujuan untuk memastikan produk kewangan Islam patuh shariah. Antaranya ialah:
1. Majlis Penasihat Shariah Bank Negara
2. Rangka kerja Shariah untuk institusi kewangan Islam
3. Pelbagai garis panduan berkenaan kontrak shariah
4. Jawatankuasa shariah di institusi-institusi kewangan
5. Audit shariah
Jika seorang netizen mendakwa bahawa institusi kewangan gagal mempastikan produk mereka patuh shariah, dia yang seorang tu mendakwa kesemua orang-orang yang ada di dalam pelbagai struktur di atas bukan sahaja gagal tetapi curang.
Lagi pun di dalam muamalat, kaedahnya ialah semuanya harus sehingga ada yang mendatangkan haram. Jadi, pihak yang mendakwa kena membawa "dalil haram" tu.
Dalam ibadah khusus seperti solat dan puasa lain pulak, buat hanya bila ada dalil. Jangan main reka-reka ikut kepala pulak.
Memanglah ada khilaf di dalam beberapa aspek shariah. Ianya tidak terhad kepada kewangan Islam sahaja. Namun, perbezaan itu tidak menjadikan orang yang berbeza pandangan dari yang ramai itu benar.
Adakah ini bermakna industri kewangan Islam ini sempurna? Tidak. Ini diakui oleh kesemua pihak yang terlibat. Itulah sebabnya jika dibandingkan dari awal sehingga sekarang, ada produk lama yang sudah dihentikan dan produk baharu diperkenalkan sesuai dengan ijtihad terkini.
Jadi, kepada nerizen yang power power tu, kita kena sedar bahawa bukan kita seorang sahaja yang nak masuk syurga. Orang lain pun ada iman dan mahu menjadi hamba Allah yang baik juga.

No comments:
Post a Comment